Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Survei Tenaga Buruh (STB) dan berikut adalah dapatan statistik yang diperoleh sehingga April 2020.
Kadar pengangguran pada Mac 2020 adalah 3.9 peratus iaitu seramai 610,500 orang. Dengan peningkatan sebanyak 28% menjadikan kadar pengangguran pada April 2020 kepada 5 peratus iaitu seramai 778,800 orang.
Ini adalah disebabkan penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergeraka (PKP). Selain itu, bagi mereka yang hendak cari kerja juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baru. Tambahan lagi, Nasib graduan baru tahun ini lebih menyedihkan
Jika dilihat daripada perspektif kumpulan umur pula, golongan belia mencatatkan kenaikan yang ketara berbanding kadar pengangguran bagi orang dewasa yang berumur
31 tahun dan ke atas yang meningkat daripada 1.5 peratus kepada 2.5 peratus.
Belia yang berumur 15 hingga 24 tahun mencatatkan peningkatan pengangguran kepada 12.9 peratus pada April 2020 (Mac 2020: 11.3%) sementara kadar pengangguran bagi belia berusia 15 hingga 30 tahun mencatatkan peningkatan daripada 7.8 peratus (Mac 2020) kepada 9.0 peratus pada April 2020.
Menurut Kementerian Kewangan, pada 30 April 2020, di bawah program Subsidi Upah, peruntukan sebanyak RM1.932 bilion telah diluluskan kepada 235,658 majikan. Ini memberi kesan positif kepada pasaran buruh dalam mengekalkan 1.703 juta pekerja.
Sehingga 5 Jun 2020, jumlah pekerja yang akan mendapat manfaat daripada program ini meningkat kepada 2.3 juta orang dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM4.0 bilion kepada 293.033 majikan.
Pelaksanaan PKP Pemulihan yang bermula pada 10 Jun 2020 telah membolehkan lebih banyak perniagaan beroperasi dan mengembalikan pergerakan logistik.