Kenapa Harga Saham Meningkat Sewaktu Covid-19?

harga sahama meningkat covid
Share it
Harga Saham Meningkat 29% Sewaktu Pandemik Covid-19

Indeks Bursa Malaysia telah jatuh mendadak pada Mac tahun lalu susulan jangkitan Covid-19 yang kian merebak ketika itu. Dari sekitar 1530 mata pada pertengahan Februari 2020, indeks KLCI menjunam kepada 1300 mata, paras terendah sejak tahun 2010.

Namun reaksi panik pasaran tidak bertahan lama. Indeks Bursa Malaysia terus melonjak sehingga meningkat kepada 1680 mata pada penghujung tahun lalu. Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur runcit berkongsi di sana sini mengenai keuntungan yang diraih tatkala dunia berhadapan dengan krisis ini.

Istilah Glovemania sering diungkap bagi menggambarkan fenomena saham-saham pengeluar sarung tangan yang terus melangit. Saham Top Glove misalnya meningkat dari RM2.00 kepada RM9.00* lantas pernah berada di kedudukan kedua sebagai syarikat paling bernilai di Malaysia selepas Maybank.

*Harga setelah mengambil kira saham bonus yang diterbitkan

Sebuah lagi syarikat pengeluar sarung tangan, Hartalega pula pernah merekodkan modal pasaran sebanyak RM62 bilion apabila harga saham mereka meningkat melebihi RM9.00 sesaham.

Persoalannya, mengapakah indeks Bursa Malaysia mampu pulih dengan begitu cepat ketika krisis Covid-19 ini melanda. Dan apa yang lebih menakjubkan, peningkatan yang dicapai ini adalah lebih tinggi berbanding prestasi indeks KLCI pada sebelum pandemik ini dicapai.

Sentimen Negatif Punca Harga Saham Merudum Sewaktu Pandemik Covid-19

Jurulatih saham, Daniel Lim dari VI College yang ditemubual oleh Ekonomi Rakyat menyatakan bahawa salah satu punca mengapa saham jatuh merudum adalah kerana sentimen negatif berikutan dengan liputan meluas mengenai wabak Covid-19.

Situasi ini telah mewujudkan emosi ketakutan dalam kalangan pelabur sekaligus menyebabkan mereka menjual saham-saham mereka pada ketika itu. Namun setelah beberapa bulan, dengan perkembangan positif seperti vaksin dan sebagainya, keyakinan pelabur kian pulih menyebabkan pasaran modal negara ini kembali meningkat.

” Sentimen pada waktu tersebut dikuasai liputan-liputan berita negatif mengenai pandemik Covid-19. Bukan saja di negara kita, malah di luar negara juga. Ramai pelabur yang ketakutan dan mula menjual saham mereka pada apa-apa harga yang mereka dapat untuk elak kerugian. “

Daniel Lim turut berkata pada tahun lalu, pelabur runcit merupakan pelabur terbesar di Bursa Malaysia dengan pembelian bersih sebanyak RM14.3 bilion. Jumlah ini lebih tinggi berbanding pelabur institusi yang hanya membuat pembelian bersih sebanyak RM10.3 bilion untuk tempoh yang sama.

Pengenalan moratorium pinjaman selama enam bulan telah menyumbang kepada penyertaan pelabur runcit ke dalam pasaran saham. Kata Daniel, ramai pelabur yang meraih keuntungan jangka pendek sewaktu beberapa bulan pertama krisis Covid-19 melanda.

” Peningkatan indeks KLCI ini juga didorong oleh penyertaan daripada pelabur runcit semasa Covid-19 kerana mereka sentiasa di rumah. Mereka tiada benda nak buat pada ketika itu ( kerana perintah berkurung ). Dan mereka nak dapatkan pulangan jangka pendek melalui saham. “

Kekayaan Bilionair Meningkat 14%

Majalah Forbes yang mengeluarkan senarai orang terkaya di Malaysia setiap tahun mendedahkan bahawa kekayaan 50 orang terkaya di Malaysia telah meningkat 14% kepada RM374 bilion.

Ketika ditanya kepada Daniel Lim mengenai fenomena ini. Beliau berkata bahawa pemikiran golongan kaya dan orang kebanyakan adalah berbeza dimana golongan berharta sentiasa memikirkan tentang bagaimana untuk membina kekayaan.

Pelabur Runcit Sumbang Kepada Peningkatan Indeks Pasaran Saham

Golongan ini menurutnya tidak memperoleh pendapatan melalui gaji tetapi melabur banyak di dalam aset seperti saham yang memberikan pulangan dividen dan modal. Beliau menyarankan orang ramai untuk belajar daripada sikap yang diamalkan oleh golongan elit ini untuk menambah kekayaan mereka.

Salah satunya adalah melalui value investing ataupun pelaburan berasaskan nilai. Teknik ini membantu pelabur untuk membina aset yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang tanpa perlu kerap melihat carta dan perubahan harga saham kerana kaedah  ini lebih tertumpu kepada fundamental syarikat.

Walaubagaimanapun, Daniel Lim menyarankan kepada mereka yang berminat untuk melabur untuk tidak terus melabur tanpa mempunyai sebarang ilmu. Kata beliau, melabur tanpa ilmu boleh diibaratkan sebagai berjudi kerana pengetahuan yang lemah.

” Jangan sesekali sentuh saham kalau anda tiada ilmu. Peluang untuk anda rugi amat tinggi sebab anda tidak tahu apa yang anda tengah buat. Melabur seperti ini betul-betul bahaya. “

Oleh itu, beliau menasihatkan pelabur untuk belajar dan mencari mentor terlebih dahulu sebelum menyentuh pasaran saham.

Beliau mengajak orang ramai untuk menyertai acara khas secara PERCUMA iaitu , yang dianjurkan oleh VI College dengan kerjasama Faizul Ridzuan, pelabur & pakar hartanah terkenal. Anda boleh pelajari kedua-dua instrumen pelaburan hanya dalam satu hari sahaja iaitu pelaburan saham dan hartanah secara selamat serta mendepatkan keuntungan secara konsisten.

Pelbagai formula rahsia dan strategi pelaburan akan dikongsikan sebagai panduan sebelum memulakan pelaburan anda. Jadi, jangan terlepas ikuti acara khas ini pada

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai value investing, ikuti seminar pelaburan PERCUMA yang dianjurkan oleh VI College melalui pautan [ ini ]