Pendapatan Isi Rumah Tumbuh Perlahan, Ketidaksamaan Melebar

Share it

Laporan Pendapatan Isi Rumah 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan penengah isi rumah meningkat namun pada kadar yang lebih perlahan. Pendapatan isi rumah penengah meningkat 3.9% manakala pendapatan purata hanya meningkat 4.2% kepada RM5,873 dan dan RM7,901.

Angka pertumbuhan ini lebih rendah berbanding apa yang dicatatkan pada 2016 dimana pertumbuhan meningkat 6.6% dan 6.2% untuk pendapatan penengah dan purata.

Kadar kemiskinan menurun dari 7.6% kepada 5.6% pada 2019 mengikut kaedah kiraan pendapatan garis kemiskinan ( PLI ) yang telah dikemaskini. PLI terbaru kini dinaikkan kepada RM2,208 berbanding metodologi lama iaitu RM980. Ini mengakibatkan kadar kemiskinan Malaysia meningkat kepada dari 0.4% kepada 5.6% kerana had pendapatan kemiskinan yang lebih tinggi.

Kemiskinan relatif iaitu isi rumah yang berpendapatan separuh dari pendapatan penengah telah meningkat dari 15.9% kepada 16.9%.

Pekali gini yang mengukur jurang ketidaksamaan dalam pendapatan isi rumah menunjukkan jurang semakin melebar. Pekali gini meningkat dari 0.399 kepada 0.407 kepada 2019.

Ini boleh dilihat kepada pertumbuhan pendapatan dimana B40 hanya meningkat 1.8% manakala M40 dan T20 meningkat masing-masing 4.1% dan 4.5% untuk pendapatan penengah. Agihan pendapatan untuk B40 juga menurun dari 16.4% kepada 16.0% manakala agihan pendapatan T20 meningkat kepada 46.8% pada 2019 berbanding 46.2% pada 2016.

Bilangan isi rumah meningkat dari 6.9 juta kepada 7.3 juta pada 2019. Saiz isi rumah menurun dari 4.1 orang kepada 3.9 orang. Penerima pendapatan kekal sama iaitu 1.8 orang.

Laporan isi rumah ini boleh diakses di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia.