47% daripada populasi Malaysia terdiri daripada wanita, namun kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) mereka hanya sekitar 56%, jauh lebih rendah berbanding lelaki pada kadar 82%. Menyedari potensi besar yang belum diterokai ini, WE2025: Future in Motion hadir sebagai platform untuk mengetengahkan serta memperkasakan peranan wanita dalam dunia ekonomi dan kepimpinan.
Melalui satu wawacara khas Ekonomi Rakyat bersama pengarah program WE2025, Saudari Michelle Lau dari Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, beliau berkata acara ini akan memberi peluang untuk kaum wanita belajar serta mendapatkan inspirasi agar terus maju ke hadapan:

“Hampir separuh daripada populasi kita adalah wanita. Jika kita tidak memberdayakan mereka untuk lebih terlibat secara inklusif dalam ekonomi dan tenaga kerja, kita sebenarnya melepaskan potensi besar. WE2025 memberikan peluang untuk mereka belajar, mendapatkan inspirasi, dan berkembang.”
WE2025 bukan sekadar fokus pada pemerkasaan wanita, ia juga ingin menekankan bahawa kemajuan negara memerlukan sinergi antara lelaki dan wanita dan perlu berkongsi nilai bersama untuk mencipta impak yang besar. Acara ini adalah usaha kolektif ramai pihak untuk membawa masa depan inklusif, progresif, dan lebih berdaya saing.
Senarai Panel & Jurucakap
WE Leadership Conference 2025 bakal menghimpunkan barisan panelis berprofil tinggi dari seluruh dunia, menjadikannya antara acara kepimpinan wanita paling berprestij di Malaysia tahun ini. Antara yang dinantikan ialah sesi khas bersama Bekas Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga, Presiden wanita pertama Kosovo yang bakal membincangkan peranan wanita dalam membentuk masa depan ekonomi serta kepimpinan global.
Turut menyerikan acara ialah Vidhya Ganesan dari McKinsey & Company dengan topik “Mega Trends for Women 2050”, yang akan menyingkap trend masa depan dan peluang perniagaan berasaskan kepimpinan wanita.
Barisan peserta persidangan kepimpinan ini termasuklah Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan, Amanda Zhang, CEO Mercedes-Benz; Profesor Dr. Rofina Yasmin, Pengerusi MRANTI serta Ravenna Chen, CEO Intrinsic SEA, yang hadir bersama 68 syarikat antarabangsa bagi menjalin kerjasama strategik dengan syarikat tempatan.
Turut memberi sokongan, Timbalan Menteri Ekonomi YB Dato Hajjah Hanifa Hajar Taib, menjadikan WE2025 platform global untuk inspirasi, kolaborasi dan kepimpinan inklusif yang memperkukuh peranan wanita dalam kemajuan ekonomi negara dan rantau ini.
Rakan Strategik
WE2025: Future in Motion disokong oleh rangkaian rakan strategik yang kukuh merangkumi kementerian, agensi serta pemain utama industri. Antara pemegang taruh utama ialah:
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Kementerian Kolaborasi
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai Kementerian Sokongan
- Jabatan Pembangunan Wanita
- Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
- Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB)
Dalam sektor korporat, Berjaya Food Berhad tampil sebagai penaja korporat, manakala Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bertindak sebagai rakan lokasi strategik bagi acara berprestij ini.
Ekonomi Rakyat dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menjadi rakan media rasmi yang akan memastikan penganjuran ini mendapat perhatian dan liputan media meluas di peringkat nasional.
WE2025 turut menerima sokongan daripada lebih 16 rakan strategik yang terdiri daripada organisasi dan persatuan perniagaan terkemuka, termasuk:
- Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
- Invest Penang
- Intrinsic SEA
- Malaysian Consortium of Mid-Tier Companies (MCMTC)
- Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI)
- Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC)
- National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO)
- Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (Peniagawati)
- Polity
- PrintDaddy Sdn Bhd
- Small & Medium Enterprises Association (SAMENTA)
- The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
- The MIND Academy
- WEConnect International
- Women’s International Shipping and Trading Association (WISTA) Malaysia
- Yingke Malaysia
Michelle Lau ketika ditanya Ekonomi Rakyat menjangkakan acara ini akan membawa potensi perdagangan dan pelaburan bernilai RM100 juta, sebagai satu langkah dalam memperkukuhkan ekonomi nasional dan memacu pertumbuhan masa hadapan.
“ Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan terdapat 219,000 perusahaan berdaftar yang dimiliki oleh wanita di Malaysia. Mereka juga menyumbang kepada RM137 bilion terhadap ekonomi. Kami menjangkakan acara ini dapat membawa masuk potensi pelaburan dan perdanganga sebanyak RM100 juta. “
Acara Utama
Acara ini menampilkan empat komponen utama iaitu Persidangan Kepimpinan, Pameran Perdagangan dan Pelaburan, Sesi Satelit yang memperluas perbincangan ke pelbagai bidang strategik serta WeExchange, platform padanan perniagaan yang direka bagi memacu peluang perdagangan dan pelaburan baharu. Setiap komponen disusun dengan teliti untuk memastikan hasil yang berimpak dan dapat diukur, sejajar dengan objektif pembangunan ekonomi negara.
WE2025 turut berteraskan lima tonggak utama iaitu Pemberdayaan Wanita, Ekonomi Wanita, Kecemerlangan Wanita, Evolusi Wanita dan Keusahawanan Wanita. Tonggak ini menjadi panduan utama dalam menyokong Dasar Wanita Kebangsaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia awal tahun ini.Dianjurkan oleh Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, WE2025: Future in Motion akan berlangsung dari 25 hingga 27 November 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Acara dijadualkan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Penyertaan WE2025 terbuka kepada orang awam melalui pendaftaran di https://reg.we2025.com.my/registration-visitor/

