Bekas CEO Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen Cadang Laporan RCI TH Didedahkan Kepada Umum

Bekas CEO Kumpulan Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen mencadangkan Kerajaan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada umum yang sepatutnya telah siap dimuktamadkan pada Julai lalu. Menurut beliau yang memegang jawatan CEO Tabung Haji antara tahun 2019 sehingga 2021, langkah ini mungkin boleh menjadi jalan keluar terhadap segala dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Tabung Haji.

Read more

51 Tahun Selepas DEB – Bagaimanakah Nasib Bumiputera?

Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini. Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu, Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.

Read more

Barisan Nasional – Berakhirnya Sebuah Dominasi

Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) baru sahaja melabuhkan tirai. Bagi setiap parti politik yang bertanding, ada episod suka dan duka yang tersendiri. Parti Islam Se-Malaysia (PAS), misalnya, membuat kejutan apabila menjadi parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen yang dipertandingkan sehinggakan ada yang menggelar PRU pada kali ini sebagai ‘Gelombang Hijau’.

Read more

Kenapa Harga Kereta Terpakai Semakin Mahal?

‘Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta’

Sama seperti rumah, memiliki sebuah kereta boleh dikatakan menjadi satu idaman, lebih-lebih lagi buat golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Pilihan yang terbaik sudah semestinya membeli kereta baru, ataupun kereta first-hand. Kereta baharu lebih terjamin dari segi kualitinya serta mempunyai waranti yang lebih baik berbanding kereta yang sudah pun digunakan orang lain sebelum ini, juga disebut sebagai kereta terpakai atau kereta second-hand.

Read more

Malaysia Tidak Berada Di Dalam Krisis Ekonomi – Gabenor Bank Negara

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan apabila merekodkan pertumbuhan 14.2% untuk suku ketiga tahun 2022, menjadikannya peningkatan berturut-turut sejak kejatuhan mendadak pada suku yang sama tahun lepas (Q3-2021: -4.5%). Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku ketiga 2022 adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara ASEAN termasuk Singapura (4.4%), Indonesia (5.7%) dan Filipina (7.6%).

Read more

Apa Naratif Kempen PRU-15?

Pada saat ini, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum para pengundi menentukan siapakah yang layak untuk menerajui negara melalui Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Menariknya, suasana politik di Malaysia ternyata telah berubah sejak PRU-14 yang lalu. Jika dahulu, sebelum PRU dijalankan lagi rakyat Malaysia sudah boleh meneka siapakah yang akan memenanginya dek kerana kurangnya persaingan antara parti-parti kerajaan dan pembangkang.

Read more