Kenapa Tawaran Pembelian IJM Oleh Sunway Begitu Kontroversial?

Konglomerat, Sunway Berhad telah melancarkan tawaran untuk membeli keseluruhan saham IJM Corporation Berhad (IJM) pada harga RM3.15 sesaham, dengan nilai keseluruhan mencecah RM11 bilion. Langkah ini boleh dikategorikan antara transaksi penggabungan dan pengambilalihan (M&A) terbesar di Malaysia, selepas pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad oleh Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners (GIP).

Teruskan baca

Bagaimana Pulau Pinang Menjadi Negeri Pengeksport Terbesar Malaysia?

Dikenali sebagai ‘Silicon Valley of the East’, Pulau Pinang sering dijadikan contoh kejayaan model perindustrian Malaysia yang berorientasikan eksport. Dengan hanya 1.8 juta penduduk iaitu bersamaan dengan 5% daripada jumlah populasi Malaysia, negeri ini menyumbang 7.4% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan hampir satu pertiga daripada jumlah eksport (RM495 bilion) negara pada tahun lalu.

Teruskan baca