Syarikat tenusu, Farm Fresh antara nama-nama besar yang bakal disenaraikan di pasaran saham Malaysia tidak lama lagi. Selain Farm Fresh, pengedar kelengkapan elektrik tersohor, SenHeng turut akan menawarkan saham-saham mereka kepada orang awam melalui Tawaran Awal Permulaan ( IPO ).
Menyenaraikan sesebuah syarikat di pasaran saham sudah pasti menjadi satu impian dan angan-angan bagi kebanyakan usahawan di dunia. Namun apakah sebenarnya IPO?
Menurut Daniel Lim, jurulatih syarikat pendidikan pelaburan VI College, IPO merupakan satu proses dimana sesebuah syarikat persendirian itu menawarkan saham mereka kepada orang awam melalui penerbitan saham baru.
Meskipun ramai pihak mempunyai cita-cita untuk menyenaraikan perusahaan mereka di papan utama saham, namun ia bukan sesuatu proses yang mudah. Kata Daniel, syarikat-syarikat yang ingin ke pasaran saham perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Bursa bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.
” Tapi kena faham ya, Bukannya senang untuk IPO. Bukan suka-suka saja syarikat nak IPO. Syarikat ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ketat daripada Bursa. Ini adalah untuk memastikan tiada unsur penipuan dan pastikan syarikat ini ada bisnes yang sah bagi melindungi wang dan kepentingan pelabur awam “
Daniel turut menjelaskan bahawa pada kebiasaannya, syarikat-syarikat mengambil keputusan untuk menyenaraikan syarikat mereka di pasaran saham bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bagi sebilangan pemilik syarikat yang menyenaraikan syarikat mereka untuk tujuan mendapatkan pulangan pelaburan.
” Tetapi kadang-kadang IPO juga adalah strategi keluar untuk pengasas dan pelabur awal bagi merealisasikan sepenuhnya keuntungan daripada pelaburan awal mereka “
Ketika ditanya mengenai kenapa saham yang disenaraikan sering ditutup tinggi pada hari pertama, beliau menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Liputan yang meluas di media menurutnya telah meningkatkan lagi permintaan terhadap saham tersebut lantas mengakibatkan saham ditutup tinggi.
Walaupun begitu, beliau mengingatkan bahawa tiada jaminan bahawa kesemua syarikat yang melalui IPO akan ditutup tinggi pada hari pertama.
Mengikut statistik yang dikongsikan oleh Bursa Malaysia, lapan daripada sepuluh saham terakhir yang disenaraikan ditutup tinggi berbanding harga IPO dengan purata kenaikan hari pertama sebanyak 49.8%. Menurut firma perakaunan Crowe, kos purata yang ditanggung syarikat untuk proses penyenaraian adalah sebanyak 14% berbanding dana yang diperoleh hasil IPO tersebut.
Adakah IPO Sesuai Untuk Pelabur Baru?
Bagi Daniel, beliau menasihatkan pelabur baru untuk tidak terburu-buru mengejar IPO kerana rekod prestasi syarikat yang masih belum stabil dan dibuktikan lagi jika melabur menggunakan teknik value investing.
” Jika anda seorang pelabur baru yang melabur menggunakan cara fundamental dalam jangka masa panjang. saya menasihati anda untuk elak dahulu untuk melabur di dalam IPO. Ini kerana syarikat baru ini tiada kebanyakan bisnes mereka tiada track record yang stabil dan terbukti. “
Beliau bimbang jika pihak pengurusan syarikat ini tidak menggunakan dana yang diperoleh hasil penyenaraian seperti mana yang dilaporkan di dalam prospektus. Selain itu, beliau juga menyatakan cara menguruskan syarikat persendirian dan syarikat awam berbeza sekaligus mungkin memberikan sedikit kesukaran buat pihak pengurusan untuk mengadaptasi kaedah pengurusan perniagaan apabila syarikat disenaraikan.
Oleh itu, Daniel menyarankan pelabur-pelabur baru untuk melabur di dalam syarikat telah terbukti prestasinya dengan menggunakan kaedah value investing. Menurut Daniel, kaedah ini merupakan kaedah utama yang diajarkan kepada pelabur-pelabur baru yang mengikuti kelas seminar bersama VI College kerana ia mengajar pelabur untuk melabur sebagai seorang pemilik syarikat.
Beliau juga menasihati pelabur-pelabur untuk melabur di dalam syarikat yang mempunyai ruang untuk mengembangkan perniagaan seperti di dalam sektor 5G, Big Data dan Financial Technology. Ini kerana telah terbukti bahawa harga saham sering meningkat seiring dengan perkembangan bisnes syarikat tersebut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai value investing, ikuti seminar pelaburan PERCUMA yang dianjurkan oleh VI College melalui pautan [ ini ]