FWD Takaful Raih Anugerah ‘Saluran Pengedaran Langsung’ Terbaik

Share it

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) menerima anugerah ‘Saluran Pengedaran Langsung Terbaik – Takaful Keluarga’ pada malam Anugerah Bintang Takaful (TSA 2026) yang dianjurkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

Anugerah itu mengiktiraf usaha transformasi melalui pelan FWD i-Lindung, model pengedaran hibrid dari luar talian ke dalam talian (O2O) yang menjadikan perlindungan takaful digital lebih inklusif.

Inovasi ini membawa kepada penerimaan yang luar biasa, menyumbang 60% bahagian pasaran untuk pelan i-Lindung, sebuah platform layan diri nasional yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla memaklumkan saluran digital merupakan penyumbang minima dalam keseluruhan tawaran penyelesaian takaful dalam industri.

“Pendekatan kami tertumpu kepada menjadikan digital mudah diakses dan mengubah proses kompleks menjadi pengalaman yang memberi keyakinan kepada pengguna harian.

“Hasilnya ialah sebuah model yang lebih inklusif dan lebih dekat dengan ribuan rakyat Malaysia, mengurangkan intimidasi digital dan menutup jurang perlindungan kewangan dalam komuniti yang paling memerlukan,” katanya.

FWD i-Lindung menawarkan dua pelan, Pelan Takaful Tempoh FWD i-Lindung dan Pelan Penyakit Kritikal FWD i-Lindung, kedua-duanya menyediakan perlindungan takaful untuk manfaat kematian, hilang upaya penuh dan kekal serta penyakit kritikal peringkat awal hingga akhir.

Pada malam anugerah, TSA 2026 mengiktiraf prestasi cemerlang dalam kalangan pengendali Takaful, ejen dan pemimpin industri, FWD Takaful juga turut menerima beberapa pengiktirafan lain.

Pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen FWD Takaful dalam mengubah persepsi orang ramai berkaitan takaful melalui kesedaran dan penyelesaian Takaful yang membina masa depan lebih selamat.