Gambar oleh FB Anwar Ibrahim

25 Tahun Belanjawan Defisit – Mampukah Defisit Fiskal Dikurangkan?

Belanjawan 2023 baru sahaja dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan pada 24 Februari lalu merupakan Belanjawan kali kesembilan yang pernah dibentangkan oleh beliau, menyamai rekod Tengku Razaleigh Hamzah yang memegang jawatan Menteri Kewangan antara tahun 1976 hingga 1984.

Teruskan baca

Mengapa Klasifikasi Pendapatan B40, M40 dan T20 Begitu Bermasalah?

Tanggal 24 Februari ini, tumpuan seluruh rakyat di negara ini akan terarah kepada pembentangan Bajet 2023 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara ‘acara’ yang paling ditunggu-tunggu setiap kali pembentangan belanjawan negara ialah pengumuman bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Teruskan baca

Cuti Bersalin 98 Hari: Rahmat atau Musibat?

Tidak dapat disangkal, wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi memasuki era moden pada masa kini kini. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, wanita sering ditugaskan bagi mengurus hal-hal domestik di rumah seperti menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Sementara itu, lelaki pula berperanan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak di rumah. Namun begitu, peranan wanita yang tertumpu kepada hanya kerja-kerja domestik semata-mata lama-kelamaan telah berkurangan apabila semakin ramai wanita yang memasuki pasaran buruh di serata dunia.

Teruskan baca

Kadar Faedah, Inflasi Tinggi dan Keselamatan Makanan: Pengajaran di Sebalik Tahun 2022

Tahun 2022 baru sahaja melabuhkan tirai beberapa minggu yang lepas. Pelbagai peristiwa telah terjadi sepanjang setahun lalu yang memberikan seribu satu pengajaran. Meskipun tahun 2022 menyaksikan momentum pemulihan ekonomi diteruskan secara perlahan-lahan, boleh dikatakan 2022 bukanlah sebuah tahun yang baik kerana ekonomi Malaysia dan global terus diuji dengan pelbagai rintangan sehingga menyebabkan potensi pemulihan ekonomi sebenar tidak dapat dicapai.

Teruskan baca

Pengindustrian – Kenapa Korea Berjaya dan Malaysia Gagal?

Pada tahun 1980, pasukan bola sepak Malaysia pernah mengalahkan Korea Selatan 2-1 di dalam pertembungan play-off kelayakan Olimpik di Stadium Merdeka. Kejayaan itu membolehkan skuad bola sepak negara bermain mewakili negara di Sukan Olimpik Moscow 1980 meskipun skuad Olimpik negara menarik diri bagi memboikot acara berkenaan susulan pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan.

Teruskan baca

Ekonomi 101 – Baik dan Buruk Disebalik Monopoli

Jika sebut tentang monopoli, mungkin antara perkara pertama yang terlintas di kepala ialah permainan papan popular ‘Monopoly’ yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi mainan Hasbro. Bagi yang pernah bermain papan permainan ‘Monopoly’ tersebut, sudah tentu masih ingat bahawa matlamat utama permainan ini ialah untuk memonopoli kekayaan dalam bentuk aset hartanah serta pemilikan perkhidmatan utiliti (air dan elektrik) sebanyak yang mungkin. Kemenangan akan diberikan kepada pemain yang bertahan sehingga ke akhir permainan setelah pemain-pemain lain diisytiharkan bankrap.

Teruskan baca