Pendapatan Isi Rumah di Malaysia Sudah Pulih ke Paras Pra-Pandemik

Selepas dua tahun diuji dengan krisis COVID-19, Malaysia berjaya mencatatkan pemulihan ekonomi yang memberangsangkan apabila kadar pertumbuhan KDNK naik 8.7% pada tahun lalu. Angka ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Filipina (7.6%), Indonesia (5.3%), Singapura (3.6%) dan Thailand (2.6%). KDNK per kapita turut meningkat 14.5% tahun-ke-tahun kepada RM52,689 pada 2022, meletakkan…

Teruskan baca

Mampukah Threads Saingi Twitter?

Beribu tahun yang lalu, manusia sudah mula berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan pelbagai kaedah. Tinggalan sejarah yang berharga seperti bahasa dan tulisan yang diukir di pelbagai permukaan seperti dinding gua dan tablet batu menjadi bukti wujudnya tamadun di sesebuah tempat. Sejak daripada itu, teknologi komunikasi yang menghubungkan antara manusia berkembang pesat sehingga mencipta sebuah dunia tanpa sempadan yang ada pada hari ini.

Teruskan baca

Pengenalan MRSM Berbayar Bakal Tingkatkan Jurang Kelas Antara Pelajar

Akses pendidikan yang berkualiti sewajarnya dikongsi secara adil antara semua pelajar di Malaysia bagi memastikan tiada siapa yang tercicir. Peluang pendidikan yang saksama berpotensi untuk membuka pintu agar isu-isu sosial di negara ini seperti kemiskinan dan jurang kekayaan dapat dikurangkan. Ini terutamanya selepas semakin ramai penduduk Malaysia jatuh miskin disebabkan pandemik Covid-19, lantas menyebabkan jurang kekayaan semakin melebar.

Teruskan baca

Ekonomi 101: Tiga Faktor Utama Mempengaruhi Turun Naik Nilai Ringgit

Antara isu ekonomi yang kadang kala mendapat tumpuan umum secara ‘bermusim’ ialah turun naik nilai matawang ringgit. Bagi perniagaan-perniagaan yang bergantung besar kepada aktiviti import atau eksport, turun naik nilai ringgit berbanding dolar AS akan menentukan prestasi keuntungan mereka. Begitu juga dengan para pelabur, mereka sering memerhati rapat pergerakan ringgit bagi menentukan keputusan pelaburan yang ingin dibuat kelak.

Teruskan baca