FSMOne Invest Expo 2026: Prospek & Hala Tuju Pelaburan 2026

Share it

FSMOne Invest Expo 2026 telah melabuhkan tirai sebagai acara tahunan utama FSMOne Malaysia, yang berlangsung pada 10 Januari 2026 di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil. Acara ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar FSMOne Malaysia, Koh Soo Cheng.

Tahun ini, tema acara adalah berteraskan “Investing Profitably: Then. Now. Next” yang meneliti bagaimana pengajaran masa lalu dan realiti semasa membentuk masa depan penciptaan kekayaan.

Apa yang menarik, acara ini turut disajikan dengan reruai pameran dari barisan syarikat pengurusan dana seperti Kenanga Investors Berhad, Principal Asset Management Berhad, AHAM Asset Management Berhad, Eastspring Investments Berhad, RHB Assest Management Sdn Bhd dan banyak lagi syarikat pelaburan dana turut terlibat.

Acara kemudiannya diteruskan dengan pembentangan dari pengurus dana berprestasi tinggi serta pakar dalaman bagi berkongsi pandangan, strategi dan prospek mereka untuk tahun mendatang.

Antara pengurus dan pakar dana pelaburan yang membuat pembentangan ialah Kevin Khaw Khai Sheng, CFA (Pembantu Pengurus Penyelidikan) yang memberi taklimat bertajuk “2026 Key Investment Themes: Home Ground Advantage Equities” yang menyentuh tentang tumpuan dan potensi pelaburan di Asia berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

“Menjelang 2026, tumpuan pelaburan beralih kembali ke Asia, dengan Singapura mendapat manfaat daripada sokongan struktural dan pemulihan semikonduktor, manakala Malaysia dilihat berada pada landasan lebih cerah berikutan kestabilan makro, pemilikan asing yang rendah dan kejelasan tarif, khususnya dalam sektor perbankan, pembinaan, pengguna dan tenaga boleh diperbaharui”

Pembentangan seterusnya dibuat oleh Tan Dao Hong (Pengurus Besar Bondsupermart) dengan tajuk “When Stocks Get Expensive… It’s Time to Invite Bonds to the Party” yang membincangkan tentang prospek serta kelebihan membina portfolio bon yang semakin kompetitif.

“Pada tahun 2026, bon semakin relevan apabila penilaian pasaran ekuiti berada jauh di atas purata jangka panjang, menjadikan bon pelengkap penting dalam portfolio. Bukan sekadar alat mengurangkan risiko, bon kini menawarkan pulangan yang kompetitif dengan aliran tunai yang lebih stabil dan boleh dijangka.”

Pegawai pakar pelaburan pelanggan, Sean Lian Zhe Horng turut berkongsi tentang keperluan menapis maklumat pasaran mengikut megatrend semasa tahun 2025 dan berkongsi tips tentang strategi portfolio.

Turut hadir dan berkongsi tentang beberapa topik pelaburan dan globalisasi adalah wakil dari syarikat pelaburan dana seperti UOB Asset Management (Malaysia) Berhad, AmFunds Management Berhad, Kenanga Investors Berhad, AHAM Asset Management Berhad, Principal Asset Management Berhad, Eastspring Investments, RHB Asset Management Sdn Bhd dan KAF Investment Funds Berhad.

Acara kemudiannya diakhiri dengan sesi cabutan bertuah bernilai sehingga RM15,000 yang menampilkan hadiah-hadiah menarik seperti Iphone 17, Ray-Ban Meta (Gen 2) AI Smart Glasses, Airpods Pro 3 dan dana-dana pelaburan seperti ekuiti, bond dan ETF.

Sempena Invest Expo, pelabur boleh melabur untuk tahun 2026 dengan caj jualan 0% bagi dana unit amanah daripada 12 pengurus dana terlibat, termasuk semua Unit Trust Disyorkan FSMOne, sehingga 13 Februari 2026.

Tawaran ini juga meliputi FSMOne Managed Portfolios dengan yuran langganan 0%. Namun, ia hanya terpakai untuk pelaburan sekali gus yang dibuat sebelum 13 Februari 2026, dan tidak termasuk Pelan Simpanan Berkala (RSP). Ini memberi peluang kepada pelabur untuk melaburkan lebihan wang tunai tanpa perlu membayar kos tambahan.