Gaji Pekerja di Sektor Pembinaan Hanya RM2,160, CEO RM438,000
Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bertajuk Pemantauan Urustadbir Korporat 2019 memberikan gambaran lebih dalam mengenai jurang gaji mengikut sektor di Malaysia. Sektor Pembinaan, Telekomunikasi dan Media serta Barangan Pengguna dan Perkhidmatan merupakan sektor yang mempunyai jurang gaji CEO paling tinggi di Malaysia.