Menurut statistik, 77% keluarga ataupun isi rumah di Malaysia memiliki rumah. Angka tersebut lebih tinggi berbanding negara-negara maju seperti di Perancis ataupun Jerman dimana peratusan pemilikan rumah hanyalah sekitar 63% dan 47%.
Namun bagi Kerajaan Malaysia, angka 77% tersebut masih tidak cukup tinggi. Kerajaan menyasarkan untuk setiap keluarga ataupun isi rumah di negara ini memiliki sebuah rumah.
Di Malaysia, pemilikan rumah dianggap satu pelaburan penting kerana ia mampu bertindak sebagai satu bentuk jaringan keselamatan (safety net) apabila menginjak ke hari tua. Hal ini kerana untuk kebanyakan orang, rumah merupakan antara salah satu aset yang selamat dan berpotensi meningkatkan nilai bersih (net worth) seseorang itu dalam jangka panjang.
Pandangan ini ada asasnya, pada tahun 2010-2019 misalnya, harga rumah di Malaysia meningkat dengan konsisten pada kadar 7.7% setiap tahun. Tidak hairanlah apabila statistik Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2013 misalnya menunjukkan aset rumah menyumbang sekitar 40% daripada kekayaan isi rumah di negara ini.
Ini menyebabkan hartanah kediaman terus mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian Sentimen Pelanggan Malaysia Separuh Pertama 2024 menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia amat berminat untuk memiliki rumah. Satu daripada tiga responden menyatakan mereka merancang untuk membeli rumah di dalam tempoh dua tahun akan datang. Hampir 90% daripada mereka juga menyatakan sudah mempunyai simpanan yang cukup ataupun sekurang-kurangnya separuh daripada sasaran simpanan yang ditetapkan untuk tujuan membeli rumah.
Namun, memilih untuk memiliki rumah bukanlah sebuah keputusan yang mudah kerana langkah ini sering kali menjadi keputusan kewangan yang terbesar seseorang itu perlu lakukan dalam hidupnya. Oleh itu, pembelian rumah yang melibatkan komitmen pembiayaan jangka panjang yang besar sudah tentunya memerlukan perancangan dan pertimbangan yang teliti.
Menyedari perkara ini, Ekonomi Rakyat menemu ramah Puan Deepamala Raghavan, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Matrix Concepts Holdings Berhad bagi mendapatkan pandangan beliau tentang elemen-elemen penting yang perlu diperhalusi oleh pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Tiga Elemen Penting Yang Perlu Diperhalusi Sebelum Membeli Rumah
Menurut Puan Deepamala yang berpengalaman selama hampir 20 tahun di dalam sektor hartanah, beliau menyatakan faktor lokasi merupakan perkara utama yang perlu diambil kira oleh pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Lokasi rumah yang baik mestilah mengambil kira kesesuaian masa ataupun jarak ke tempat kerja selain kemudahan-kemudahan lain yang tersedia seperti sekolah, hospital, pasar raya dan akses terhadap sistem pengangkutan. Memilih rumah di lokasi yang strategik boleh memberikan pulangan yang baik kepada pembeli rumah dari sudut nilai hartanah yang meningkat dalam jangka masa yang panjang.
Beliau juga menerangkan bahawa sesebuah projek perumahan ini boleh berada dimana-mana lokasi namun perlulah mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memastikan pemilik rumah berasa selesa dengan lokasi tempat tinggal yang mereka diami.
“ Projek perumahan boleh berada di mana-mana tempat, tetapi ia perlu mempunyai infrastruktur yang dah siap dan serta akses ke lebuh raya yang lengkap “Â
Bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut, beliau memetik contoh tentang projek terbaru, Eka Heights yang dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB) di Bandar Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan. Projek ini menurutnya terletak di lokasi yang strategik kerana menghubungkan beberapa laluan penting seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Seremban-Port Dickson serta tidak jauh untuk ke lokasi-lokasi utama seperti Bandar Seremban dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Projek Eka Heights yang dilancarkan pada hujung tahun lalu ini juga mempunyai akses terhadap pelbagai kemudahan-kemudahan yang kerap dikunjungi oleh pemilik kediaman seperti sekolah, hospital, pasar raya dan kemudahan riadah yang berdekatan.
Selain faktor lokasi, Puan Deepamala juga mengingatkan mereka yang merancang untuk membeli rumah untuk menyelidik dengan lebih mendalam tentang harga sesebuah rumah yang ditawarkan untuk jualan. Menurutnya, harga rumah perlulah sesuai dengan bajet ataupun kemampuan kewangan seseorang itu kerana kontrak pembiayaan rumah selalunya melibatkan jangka masa yang panjang.
Harga rumah juga menurut Puan Deepamala haruslah setara dengan nilai sesebuah rumah itu. Ini termasuklah jenis rumah tersebut, di samping ciri-ciri lain seperti keluasannya dan fasiliti-fasiliti yang ditawarkan. Beliau menyatakan bahawa projek perumahan Eka Heights umpamanya memberikan nilai yang berbaloi buat pembeli rumah terutamanya dalam kalangan golongan muda kerana rumah-rumah yang dibina oleh MCHB ditawarkan bermula pada harga sekitar RM450,000 dan dilengkapi dengan empat bilik tidur serta tiga bilik air dengan keluasan lot 20×70 kaki persegi.
Faktor ketiga yang perlu dipertimbangkan oleh pembeli rumah adalah tentang fasiliti ataupun kemudahan yang ditawarkan oleh sesebuah projek perumahan tersebut. Beliau berkata golongan muda sekarang ini mementingkan ciri-ciri kehijauan seperti taman rekreasi bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti luar (outdoor), seiring dengan gaya hidup kini.
Menerusi pemerhatiannya, golongan muda lebih cenderung terhadap rumah landed berbanding rumah-rumah dalam kategori high-rise seperti kondominium, apatah lagi setelah pandemik COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2020 telah menyebabkan mereka yang tinggal di unit kediaman high-rise sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti luar sewaktu negara berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Â
Di Eka Heights menurutnya, MCHB telah memperuntukkan 15.5 ekar tanah untuk membangunkan taman rekreasi yang dipanggil sebagai Mageka Park. Taman rekreasi ini dijangka bakal memanfaatkan lebih 3,000 penghuni di Eka Heights.
Antara kemudahan yang ditawarkan di Mageka Park termasuklah trek larian, gelanggang futsal, gimnasium outdoor serta taman permainan bagi membolehkan penduduk meluangkan masa lapang terutamanya di hujung minggu.
Selain daripada kawasan hijau, pusat komersial juga penting bagi setiap projek perumahan bagi membolehkan penghuni melunaskan urusan harian mereka dengan senang. Di Eka Heights, Matrix Concepts telah menyedia 25 unit komersial menerusi projek Eka Biz bagi membolehkan penduduk sekitar menyelesaikan urusan-urusan komersial seperti membeli makanan di restoran, mencuci pakaian di dobi ataupun membeli barangan keperluan harian di kedai runcit.
Menurut Puan Deepamala, sambutan terhadap Eka Biz juga amat memberangsangkan dimana kesemua unit komersial telah terjual.Â
“ Kita dah habis jual semua 25 unit komersial. Memang habis dijual on the spot. Jadi kita boleh tahu yang memang kawasan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk menarik kehadiran aktiviti komersial di Eka Heights. “
Tips Penting Sebelum Membeli Rumah
Ketika ditanya tentang tips membeli rumah, beliau mengingatkan pembeli rumah untuk membuat background check terhadap pemaju bagi mengetahui tentang track record mereka di dalam industri hartanah.
Menurutnya, langkah ini penting bagi mengukur kemampuan pemaju-pemaju perumahan dalam memastikan projek mereka dapat disiapkan mengikut tempoh masa dan kualiti rumah yang dijanjikan.
“ Penting untuk tengok siapa pemaju. Kena pergi selidik latar belakang pemaju, tengok media sosial mereka dan projek-projek yang mereka telah siapkan. Mungkin anda boleh tanya orang sekeliling mengenai pendapat mereka tentang pemaju tersebut. Selain itu, anda kena tahu berapa lama mereka di dalam industri.
Sebagai contoh, Matrix Concepts Holdings Berhad, kami dah berada dalam industri sejak tahun 1996. Dari pemaju kecil kepada pemaju besar sekarang ini. Sampai sudah disenaraikan di Bursa Malaysia sekarang dan menang pelbagai anugerah. “
Puan Deepamala turut berkongsikan Kempen Hartanah Bumiputera yang kini sedang dijalankan oleh Matrix Concepts bagi membantu pembeli Bumiputera memiliki rumah idaman mereka.
Kempen ini membolehkan pembeli untuk meraih penjimatan sehingga RM150,000 untuk hartanah tertentu dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM2,083 sebulan, sekaligus memudahkan pemilikan rumah selain beberapa tawaran menarik yang lain.
Antara insentif menarik yang menanti pembeli rumah melalui Kempen Hartanah Bumiputera ini adalah kadar pembiayaan perumahan yang kompetitif dengan pilihan pembiayaan sehingga 110%, perkhidmatan internet percuma, sistem kelengkapan rumah pintar dan keahlian di d’Tempat Country Club yang merupakan clubhouse eksklusif yang diwujudkan khas buat pelanggan Matrix Concepts.
Maklumat lanjut mengenai Kempen ini boleh dilayari di pautan [ ini ].