Monie Fest 2026: Bukan Sekadar Ekspo Kewangan Biasa!

Share it

Dah bosan dengan seminar kewangan yang kaku? Monie Fest 2026 kini kembali untuk mengubah cara anda melihat Wang, Pelaburan, dan Gaya Hidup dalam satu acara sosial yang paling cool di Malaysia!

Bakal berlangsung pada 11–12 April di MITEC, festival ini akan mengumpulkan lebih 30,000 peserta untuk sama-sama meneroka masa depan ekosistem kewangan kita.

Barisan Panelis ‘Power’ & Institusi Gergasi 

Kami bawakan ikon kegemaran anda untuk berkongsi ilmu secara santai:

  • KS (Keluar Sekejap): Borak topik polisi & trend negara.
  • Financial Faiz: Tip urus duit yang senang faham.
  • Ekonomi Rakyat: Kupas ekonomi dari mata rakyat.
  • Niagasaham: Strategi melabur duit dalam pasaran saham.

Bukan itu sahaja, gergasi industri seperti Bursa Malaysia, PNB, FIMM, CFA Society, serta bank-bank utama juga ada di sini untuk beri anda pandangan menyeluruh tentang dunia kewangan!

Belajar, Networking & Menang Besar!

Sambil timba ilmu, anda juga berpeluang bawa pulang sebahagian daripada kumpulan hadiah bernilai RM100,000! Ada banyak game interaktif dan Cabutan Bertuah Utama menanti anda.

Dengan lebih 100 jenama menarik (dari Fintech ke Gaya Hidup), inilah tempat terbaik untuk anda tingkatkan ilmu kewangan sambil meluaskan rangkaian.

Jom Jumpa Di Sana!

  • Tarikh: 11–12 April 2026
  • Tempat: MITEC, Hall 2 (Pintu Masuk Utara)
  • Daftar Sekarang: www.monie.my

Ekonomi Rakyat – Rakan Media Monie Fest 2026