Merapatkan Jurang Gender Dalam Kerja dan Penjagaan Adalah Kunci Pemerkasaan Wanita

Pada 8 Mac setiap tahun, dunia menyambut Hari Wanita Sedunia untuk meraikan pencapaian wanita dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Ianya menjadi hari yang simbolik untuk menyeru kepada peningkatan usaha dalam mencapai kesaksamaan gender. Bertemakan “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, Malaysia mengakui peranan penting wanita dalam meneraju keluarga, masyarakat dan negara. Pemerkasaan penglibatan wanita dalam ekonomi bukan sahaja penting untuk mengangkat kesaksamaan gender dan menambah baik status kewangan wanita, tetapi ia juga membantu dalam memperkukuh pembangunan ekonomi Malaysia. 

Teruskan baca

Mengapa Orang Ramai Sering Keliru Tentang Perbankan Islam?

Pada tahun 2018, segmen perbankan Islam hanya memegang sekitar 37.7% (~RM750 bilion) daripada keseluruhan pasaran pembiayaan di Malaysia. Data terbaru Bank Negara Malaysia pada tahun 2023 menunjukkan segmen ini terus berkembang pesat dan kini mengawal 45.6% (RM1.05 trilion) daripada keseluruhan pasaran pembiayaan. Pertumbuhan aktiviti pembiayaan perbankan Islam naik sekitar 7.7% pada tahun 2023, jauh meninggalkan…

Teruskan baca