Pertubuhan Kebajikan Oxfam yang berpangkalan di Nairobi, Kenya pada 20 Januari lalu telah mengeluarkan sebuah laporan bertajuk Time to Care yang mengetengahkan isu berkaitan kerja-kerja penjagaan serta krisis ketidaksamaan global.
Kajian yang dikeluarkan sejurus sebelum Forum Ekonomi Dunia di Davos ini menunjukkan bahawa kerja-kerja penjagaan tidak berbayar seperti menjaga anak dan sebagainya mempunyai nilai kewangan berjumlah $10.8 trilion. Jumlah ini tiga kali ganda lebih besar berbanding industri teknologi global.
Selain itu, pekerja-pekerja domestik seperti pembantu rumah juga lebih cenderung di eksploitasi oleh majikan. Menurut laporan ini, hanya 10% pekerja domestik yang mempunyai perlindungan mengikut undang-undang buruh. Kebanyakan mereka juga tidak mendapat hak untuk memperoleh gaji minimum sekaligus mengakibatkan pekerja domestik ini berisiko tinggi memperoleh pendapatan yang rendah.
Isu berkaitan jurang kekayaan turut menjadi perhatian dalam laporan kali ini. 2,153 orang bilionair terkaya di dunia mempunyai lebih banyak kekayaan berbanding 4.6 bilion orang dimana 22 orang terkaya di dunia mempunyai lebih banyak harta berbanding wanita di seluruh Afrika.
Laporan ini juga membidas sebilangan pemimpin dunia seperti Donald Trump yang memberikan potongan cukai untuk golongan elit. Pertumbuhan untuk dividen kepada golongan kaya di negara-negara G7 ( Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Japan, Amerika Syarikat dan UK ) meningkat 31% diantara tahun 2011 dan 2017 manakala purata upah hanya meningkat 3%. Kekayaan bilionair pula meningkat pada purata 7.4% setahun sejak tahun 2009.
Seperti Presiden Donald Trump, kekayaan golongan elit ini kebanyakkannya datang dari harta yang diwarisi oleh ibu bapa. Donald Trump sebagai contoh mewarisi $413 juta daripada bapanya sekaligus memudahkan usahanya menjadi bilionair. Kajian yang dipetik dari D. Jacobs turut menyatakan bahawa 1/3 kekayaan golongan elit ini datang dari harta yang diwarisi dari seseorang.
Laporan Time to Care ini ditulis oleh Clare Coffey, Patricia Espinoza Revollo, Rowan Harvey, Max Lawson, Anam Parvez Butt, Kim Piaget, Diana Sarosi dan Julie Thekkudan. Laporan penuh boleh diperoleh di https://www.oxfam.org/en/research/time-care
Lagi infografik yang telah diterjemah oleh Ekonomi Rakyat ;