Tony Fernandes & Kamarudin Terima RM900 juta Dividen dari Airasia pada 2019
Syarikat penerbangan tambang murah, Airasia Berhad pada tahun lalu telah mengisytiharkan dividen sebanyak RM0.90 sesaham. Pengumuman ini agak mengejutkan kerana pada suku pertama tahun lalu, keuntungan bersih Airasia Berhad hanyalah berjumlah RM96 juta, jauh lebih rendah berbanding tahun sebelumnya dimana Airasia mencatatkan RM1.14 bilion keuntungan bersih.