CEO di Malaysia Dibayar Gaji 141 Kali Lebih Tinggi Berbanding Pekerja
Nisbah gaji CEO dan pekerja di Malaysia meningkat dari 98 pada tahun 2010 kepada 141 pada tahun lalu. Dalam kata lain, bagi setiap RM1 yang dibayar kepada pekerja bawahan, CEO syarikat akan menerima RM141 dan apa yang lebih membimbangkan adalah jurang ini lebih besar berbanding dengan apa yang direkodkan pada tahun 1990 dimana nisbah gaji CEO dan pekerja hanya 115 kali.