KUALA LUMPUR, 8 Sept 2026 – Bagi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
memasuki rangkaian peruncitan moden bukan sekadar memperoleh ruang di rak. Ia
membuka akses kepada pasaran yang lebih luas, meningkatkan keterlihatan jenama dan
pada masa sama mendorong perniagaan memperkukuh keupayaan pengeluaran, logistik
serta standard operasi.
NIMS Crispy Chocotub misalnya bermula apabila pengasasnya menjual produk keluaran
pihak lain ketika masih bergelar pelajar, sebelum beralih kepada penghasilan crispy
chocojars sendiri.
Bentoree pula bermula dengan kapasiti pengeluaran yang terhad dan kebanyakan proses
pengeluaran dilaksanakan secara manual. Penambahan mesin serta penaiktarafan operasi
hanya dapat dilakukan secara berperingkat seiring dengan perkembangan perniagaan.
Hari ini, Bentoree yang menghasilkan makanan sedia dimakan, minuman sedia diminum dan
mi segera, serta NIMS adalah merupakan diantara PKS tempatan yang bekerjasama dengan
Lotus’s Malaysia untuk membawa produk mereka kepada pasaran yang lebih luas.
Bagi Khor Bean Chong, pengasas dan pengerusi Banto Food Industries Sdn Bhd, syarikat di
sebalik jenama Bentoree, meningkatkan kapasiti pengeluaran merupakan antara cabaran
utama yang dihadapi pada peringkat awal.
Menurut beliau, kebanyakan proses pengeluaran ketika itu dilakukan secara manual
berikutan kekangan kewangan, menyebabkan usaha menaik taraf operasi hanya dapat
dilaksanakan secara berperingkat.
“Apabila anda masih sebuah perniagaan kecil, anda perlu menggunakan apa sahaja sumber
yang ada. Kami sedar kecekapan operasi boleh dipertingkatkan, tetapi pelaburan dalam
sistem automasi memerlukan sumber kewangan yang besar.

“Pada masa yang sama, kami juga tidak boleh berkompromi dari segi kualiti ketika
perniagaan sedang giat berkembang,” kata Khor.
Bentoree kemudiannya menaik taraf operasinya dan kini bergerak ke arah fasiliti yang lebih
automatik apabila permintaan terhadap produknya meningkat, baik di pasaran tempatan
mahupun antarabangsa.
Produk mi segera dan makanan sedia dimakan keluarannya turut mendapat sambutan
menerusi media sosial dan platform e-dagang, sekali gus membantu membina kesedaran
terhadap jenama itu sebelum berkembang ke kedai serbaneka dan rangkaian peruncitan
moden.

Bagi Khor, penyertaan secara lebih meluas dalam rangkaian peruncitan moden turut menunjukkan betapa pentingnya keterlihatan kepada sesebuah jenama yang sedang berkembang.
“Kami menyedari bahawa mempunyai produk yang baik hanyalah satu permulaan.
Pengguna perlu melihat, mencuba dan mempercayai produk tersebut.
“Bekerjasama dengan peruncit moden seperti Lotus’s telah membantu meningkatkan
kesedaran terhadap jenama kami, termasuk menerusi aktiviti jelajah promosi.
“Dengan sokongan promosi Lotus’s serta penempatan strategik di lebih 70 cawangan, kami
berjaya merekodkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus dari Disember 2025 hingga
Mei 2026 berbanding tempoh Jun hingga November 2025,” katanya.
Jenama NIMS pula melalui perjalanan yang berbeza. Pengasas dan Ketua Pegawai
Eksekutif NIMS Adeliciousz Bhd, Tengku Nor Hanim Tengku Othman, memulakan
perjalanan keusahawanannya pada 2014 ketika masih bergelar pelajar dengan menjual
produk pihak lain sebelum beralih kepada penghasilan crispy chocojars. NIMS kemudiannya
ditubuhkan pada 2019.

Apabila perniagaan mula memasuki sektor peruncitan moden, cabaran baharu turut muncul,
termasuk dalam aspek perancangan pengeluaran, pembungkusan, pematuhan standard dan
logistik. Pada masa sama, sesebuah jenama perlu mencari pendekatan yang dapat
membolehkannya menonjol dalam pasaran yang kompetitif.
“Antara perkara paling mencabar apabila membina sebuah jenama kecil ialah kita tahu
betapa usaha yang telah dilakukan, tetapi masih ramai yang belum mengenali kita.
“Kita boleh terus menambah baik produk dan berusaha, tetapi jika pengguna tidak melihat
produk kita, sukar untuk kita berkembang,” kata Tengku Nor Hanim.
Produk NIMS kini boleh diperoleh menerusi pelbagai saluran peruncitan moden di Malaysia
dan turut dieksport ke Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

Bagi kedua-dua usahawan ini, memasuki sektor peruncitan moden hanyalah sebahagian
daripada perjalanan pertumbuhan.
Mengekalkan kehadiran di rak memerlukan kualiti yang konsisten, bekalan yang boleh
dipercayai, operasi yang lebih cekap serta pemahaman yang lebih mendalam terhadap
kehendak pengguna.
Di sinilah Lotus’s Malaysia memainkan peranan sebagai salah satu platform yang membantu
PKS dan perusahaan mikro tempatan memperluas akses kepada pasaran dan pengguna.
Sokongan Lotus’s merangkumi akses kepada rangkaian peruncitan, aktiviti promosi, sesi
pengenalan produk dan pensampelan, selain program pembangunan PKS yang membantu
usahawan memahami dengan lebih mendalam keperluan operasi dalam persekitaran
peruncitan moden.
Sepanjang tiga tahun lalu, seminar PKS anjuran Lotus’s telah menghimpunkan lebih 100
perusahaan bagi setiap sesi, dengan perkongsian merangkumi kehendak pengguna,
penjenamaan, pensijilan, logistik, perdagangan digital, pemasaran produk serta keperluan
operasi peruncitan moden.
Seminar PKS 2026 pula menghimpunkan 77 peserta daripada 53 syarikat, dengan 14
pembekal baharu turut mengambil bahagian dalam program reruai.
Bagi Lotus’s, membangunkan usahawan tempatan bukan sekadar menyediakan ruang di
rak. Ia turut melibatkan usaha memperluas pendedahan jenama, meningkatkan kefahaman
terhadap keperluan peruncitan moden serta membantu perusahaan tempatan membina asas
yang lebih kukuh untuk berkembang.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata,
pertumbuhan perusahaan tempatan memerlukan kombinasi antara usaha usahawan itu
sendiri dan peluang untuk mengakses pasaran yang lebih luas.

“Sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan ratusan PKS tempatan dan berbangga
melihat sejauh mana sebahagian daripada mereka telah berkembang.
“Usahawan sendiri adalah pemacu utama kepada kejayaan mereka. Peranan kami adalah
membantu membuka akses kepada pasaran yang boleh menyokong perjalanan
pertumbuhan tersebut.
“Apabila sebuah jenama Malaysia berkembang ke pasaran yang lebih besar dan akhirnya
berjaya membawa produknya ke luar negara, kami berbangga kerana dapat menjadi
sebahagian daripada perjalanan itu,” katanya.
Bagi Tengku Nor Hanim, nilai peluang tersebut mungkin paling jelas apabila beliau melihat
kembali titik permulaannya sebagai seorang pelajar yang menjual produk keluaran pihak
lain.
“Apabila saya bermula sebagai pelajar, saya menjual produk orang lain. Hari ini, melihat
produk kami sendiri sampai kepada pengguna di Malaysia dan luar negara adalah sesuatu
yang sangat bermakna.
“Kami tidak pernah lupa dari mana kami bermula atau mereka yang telah memberi kami
peluang sepanjang perjalanan ini.
“Peruncit seperti Lotus’s yang membuka pintu kepada jenama tempatan menjadi sebahagian
daripada perjalanan kami. Kadangkala, sesebuah perniagaan kecil hanya memerlukan
peluang untuk dikenali.
“Apa yang kita lakukan dengan peluang itu terpulang kepada diri kita sendiri, tetapi apabila
ada pihak yang membuka pintu, ia boleh membawa perubahan yang besar,” katanya.
