” Kanak-Kanak Mangsa Terbesar Wabak Covid-19 ” – Prof Jomo KS
Tokoh ekonomi negara, Prof Jomo KS menyatakan kanak-kanak merupakan mangsa terbesar di sebalik pandemik Covid-19 ini. Beliau yang diwawancara oleh Ekonomi Rakyat secara atas talian semalam menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kanak-kanak yang terkesan akibat penutupan sekolah.