Menilai Impak Koronavirus Terhadap Ekonomi Pelancongan Malaysia
Menginjak ke tahun 2020, ekonomi dunia yang dijangka bergerak perlahan sekali lagi dihujani krisis global. Wabak novel koronavirus telah dikesan di Wuhan, China dan sehingga detik artikel ini ditulis, terdapat lebih 20,000 orang disahkan dijangkiti dan lebih 400 orang disahkan meninggal dunia akibat koronavirus. Di Malaysia, terdapat 12 jangkitan yang disahkan oleh KKM dengan tiga orang mangsa adalah warganegara Malaysia.