PERMAI – Suntikan Dana dari Kerajaan Hanya Sekitar RM2.7 Bilion
Kerajaan Malaysia hanya membelanjakan kurang dari 20% daripada keseluruhan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan pada Isnin lalu. Suntikan fiskal kerajaan melalui pakej ini hanyalah sekitar RM2.7 bilion manakala inisiatif lain yang disebut oleh Perdana Menteri kebanyakkannya telah diumumkan melalui peruntukan Belanjawan 2021.