Editor in Chief

Kenapa Harga Kereta Terpakai Semakin Mahal?

‘Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta’

Sama seperti rumah, memiliki sebuah kereta boleh dikatakan menjadi satu idaman, lebih-lebih lagi buat golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Pilihan yang terbaik sudah semestinya membeli kereta baru, ataupun kereta first-hand. Kereta baharu lebih terjamin dari segi kualitinya serta mempunyai waranti yang lebih baik berbanding kereta yang sudah pun digunakan orang lain sebelum ini, juga disebut sebagai kereta terpakai atau kereta second-hand.

Teruskan baca

Malaysia Tidak Berada Di Dalam Krisis Ekonomi – Gabenor Bank Negara

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan apabila merekodkan pertumbuhan 14.2% untuk suku ketiga tahun 2022, menjadikannya peningkatan berturut-turut sejak kejatuhan mendadak pada suku yang sama tahun lepas (Q3-2021: -4.5%). Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku ketiga 2022 adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan beberapa negara ASEAN termasuk Singapura (4.4%), Indonesia (5.7%) dan Filipina (7.6%).

Teruskan baca

Apa Naratif Kempen PRU-15?

Pada saat ini, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum para pengundi menentukan siapakah yang layak untuk menerajui negara melalui Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Menariknya, suasana politik di Malaysia ternyata telah berubah sejak PRU-14 yang lalu. Jika dahulu, sebelum PRU dijalankan lagi rakyat Malaysia sudah boleh meneka siapakah yang akan memenanginya dek kerana kurangnya persaingan antara parti-parti kerajaan dan pembangkang.

Teruskan baca