51 Tahun Selepas DEB – Bagaimanakah Nasib Bumiputera?

Kaum Bumiputera merupakan kaum terbesar di Malaysia, seramai 21.1 juta orang atau merangkumi hampir 70% daripada populasi penduduk di negara ini. Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, Bumiputera merujuk kepada etnik Melayu, Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Meskipun memegang komposisi penduduk terbesar, kaum Bumiputera sering dikaitkan dengan pelbagai kesulitan ekonomi dan sosial yang tampak seperti tiada penghujungnya walaupun saban tahun diberikan keutamaan oleh Kerajaan.

Teruskan baca

” Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bersara ” – Penyelidik Sosial

Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations International Day of Older Persons, UNIDOP) diadakan pada 1hb Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dihadapi warga emas serta meraikan sumbangan warga emas. Sesuai dengan keadaan semasa di mana cabaran baharu seperti pandemik Covid-19, krisis kos sara hidup dan perubahan iklim menyelubungi seluruh dunia, tema UNIDOP tahun ini “Ketahanan Warga Emas dalam Dunia yang Berubah” menekankan keperluan untuk mengukuh ketahanan warga emas.

Teruskan baca