Ekonomi Malaysia Tumbuh 3.1% Pada Tahun 2021

Share it
Ekonomi Malaysia berkembang 3.6% pada suku keempat 2021

Laporan Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.6% pada suku keempat tahun lalu berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi keseluruhan tahun 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) negara meningkat 3.1% setelah susut 5.6% pada tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu antara yang paling perlahan sejak tahun 2001 dimana ekonomi negara hanya berkembang 0.5%.

Permintaan luar yang tinggi serta kelonggaran perintah kawalan pergerakan antara faktor yang menyumbang kepada pemulihan ekonomi pada suku keempat lalu.

Bank Negara menjangkakan momentum pemulihan dapat diteruskan pada tahun 2022 apabila aktivit ekonomi kembali beroperasi seperti biasa. Keadaan di pasaran buruh turut positif apabila kadar pengangguran telah berkurang kepada 4.2% pada Disember berbanding 4.3% pada November lalu.

Risiko-risiko untuk tahun 2022

Walaubagaimanapun, beberapa risiko turut dikenalpasti Bank Negara dalam mengharungi tahun 2022. Harga komoditi dan tenaga yang tinggi serta ketidaktentuan pasaran kewangan global mungkin memberi risiko terhadap pertumbuhan tahun ini.

Inflasi pada tahun ini dijangka meningkat secara sederhana setelah kesan asas rendah ( low base effect ) telah tamat apabila kos bahan api telah meningkat pada tahun lalu. Tekanan kos susulan harga komoditi yang tinggi serta gangguan rantaian bekalan antara risiko berpotensi yang mungkin memberi kesan kepada kadar inflasi.