Perdana Menteri Isytihar Terima Pendapatan RM94,000 Sebulan

Perdana Menteri Isytihar Pendapatan
Share it

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM93,841 sebulan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pengisytiharan ini dikongsikan oleh SPRM melalui portal mydeclaration.sprm.gov.my dimana ia turut memuatkan nilai aset serta pendapatan ahli pentadbiran kerajaan yang lain.

Tan Sri Annuar Musa, Datuk Jeffrey Kitingan, Senator Tengku Zafrul serta Dato Seri Dr. Santhara Kumar antara empat ahli pentadbiran yang mempunyai jumlah aset melebihi RM20 juta. Manakala PM pula mengisytiharkan aset beliau di dalam lingkungan RM15 hingga RM20 juta.

Annuar Musa serta Jeffrey Kitingan juga berada di tangga teratas dalam pendapatan bulanan mereka dengan masing-masing RM87,800 dan RM85,450.

Dari 56 individu yang mengisytiharkan pendapatan dan aset mereka kepada SPRM, hanya lapan pemimpin yang melaporkan mempunyai aset kurang dari dari RM1 juta iaitu ;

  1. Henry Sum Agong
  2. Rina Harun
  3. Awang Hashim
  4. Arthur Kurup
  5. Jonathan Yasin
  6. Shahar Abdullah
  7. Tuan Ibrahim Tuan Man
  8. Takiyuddin Hassan

Pendapatan bulanan minima yang diperoleh oleh ahli pentadbiran kerajaan ini adalah RM25,700 dengan kebanyakkannya memperoleh pendapatan RM30,000 keatas. Kaedah pelaporan harta oleh SPRM ini mendapat reaksi negatif dari segelintir pengguna sosial dimana SPRM tidak mendedahkan secara terperinci aset-aset yang dimiliki oleh pemimpin sebaliknya hanya memberikan julat terhadap harta yang dimiliki mereka.

Ini tidak memberikan maklumat jelas kepada orang ramai terhadap nilai aset pemimpin-pemimpin mereka bahkan berbeza dengan kaedah yang digunakan dalam pengisytiharan aset oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *