Weng Yat Sasar Hasil RM60 Juta Setahun Melalui Bekalan Biomas Ke Jepun
Pengeluar biomas tempatan, Weng Yat Resources Sdn Bhd, memeterai perjanjian bagi membangunkan platform bekalan biomas untuk pasaran Jepun dengan sasaran menjana hasil tahunan melebihi RM60 juta apabila eksport komersial dilaksanakan sepenuhnya.
