Pentadbiran Muhyiddin Lantik 39 Ahli Parlimen Terajui GLC & Badan Berkanun
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ( BERSIH ) serta Institut Demokrasi & Hal Ehwal Ekonomi ( IDEAS ) telah mengeluarkan sebuah laporan bertajuk Reforming The Appointment Process of Directors in GLICs, GLCs and Commercially Related Statutory Bodies bagi meneliti proses pelantikan ahli lembaga pengarah di entiti-entiti berkenaan.