Kereta Dikejar & Dipanjat Kerana Lapar, Inspirasi HungerHurts Hulurkan Bantuan di Sabah

Hungerhurts malaysia bantuan sabah
Share it

Dikejar oleh kanak-kanak ketika berada di Sabah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengarah projek Sabah HungerHurts Malaysia, Nur Syarina Binti Ali sekaligus menjadi inspirasi untuk melaksanakan program khusus ‘ Feed A Kid ‘ untuk golongan rentan di Sabah.

Menurut Abbernaa Dhevi Kukananthan, ahli pemasaran dan publisiti HungerHurts Malaysia, program ‘ Feed A Kid ‘ menumpukan fokus terhadap sekolah-sekolah sasaran yang memerlukan bantuan dari segi pemakanan dan kelangsungan pendidikan mereka.

Sabah dipilih untuk menjadi lokasi untuk program tersebut dilaksanakan kerana mereka mendapati masyarakat disana mengalami kesukaran dalam mencari makanan. Kemiskinan yang sudah sedia ada menjadi lebih buruk hasil dari impak pandemik Covid-19 terutamanya selepas keadaan bertambah teruk setelah PRN Sabah diadakan.

Selain program ‘ Feed A Kid ‘, HungerHurts Malaysia turut melaksanakan kempen MaskUp dan ConnectRakyat yang lebih tertumpu di bandar raya Kuala Lumpur.

Sumbangan yang diterima digunakan untuk membeli pelitup muka dari rakan kerjasama mereka, Yayasan Geuntanyoe dimana pelitup muka ini dijahit oleh wanita dari keluarga B40. Program ini sedikit sebanyak memberikan punca pendapatan kepada wanita-wanita ini tatkala mengharungi pandemik ini.

Manakala program Connect Rakyat pula bertujuan membantu pelajar dari keluarga yang susah mendapatkan komputer riba terpakai yang mendapat kerjasama Arus Anak Muda & Dyna Conserv Technic. Menurut Abbernaa Dhevi, lokasi sasaran untuk projek ini adalah sekitar Lembah Pantai dan Kampung Tunku.

Selain itu, HungerHurts juga menjalankan program sesi tuisyen percuma terutamanya dalam kalangan pelajar di PPR sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

NGO ini turut berharap kerajaan melipatgandakan usaha untuk membantu golongan rentan dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar ini. ” Kerajaan tidak boleh bergantung pada NGO sahaja untuk membantu golongan-golongan ini ” kata Abbernaa Dhevi.

HungerHurts ditubuhkan pada tahun 2016 dibawah nama Persiaran Akuastik Youth Volunteer Club yang bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan tenaga dan kuasa anak muda. NGO ini aktif dalam menjalankan misi-misi bantuan sejak beberapa tahun yang lalu

Segala pertanyaan lanjut boleh diutarakan dengan berhubung melalui e-mel di hungerhurtsmy@gmail.com ataupun Setiuasaha mereka di athirawaris@gmail.com