Ekonomi Malaysia berkembang 4.4% pada suku kedua tahun ini, susut berbanding 5.9% pertumbuhan yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan perbelanjaan isi serta permintaan berterusan barangan elektrik & elektronik dan aktiviti pelancongan memacu pertumbuhan pada suku kedua 2025.

Inflasi kekal stabil pada 1.3% dengan inflasi teras berada pada kadar 1.8%.
Inflasi teras merujuk kepada item barangan ataupun perkhidmatan yang terdedah dengan perubahan harga yang drastik. Antara item-item yang tidak dimasukkan di dalam inflasi teras Adalah harga teanga dan makanan.
Kadar pengangguran terus menurun dari 3.1% pada suku pertama 2025 kepada 3.0% pada suku kedua 2025. Manakala gaji nominal (tanpa mengambil kira kesan inflasi) pekerja-pekerja swasta dilaporkan meningkat padar kadar 3.4%.
Meskipun prestasi ekonomi negara kekal berdaya tahan pada suku kedua, namun pelaburan langsung asing menurun dengan mendadak dari RM15.6 bilion kepada RM1.6 bilion. Pelabur-pelabur asing juga dilaporkan mula menarik keluar deposit (-RM22.1 bilion) untuk diletakkan di bank-bank di luar negara.
Gabenor BNM, Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang di antara 4.0% hingga 4.8% pada tahun 2025, lebih rendah berbanding unjuran awal di antara 4.5% hingga 5.5% yang ditetapkan pada pada Mac lalu.
Beliau menjangkakan pertumbuhan eksport akan semakin perlahan pada separuh kedua tahun ini, didorong oleh iklim perdagangan global yang semakin suram susulan pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, beliau berkata sektor pelancongan tetap akan menyokong pertumbuhan tahun ini dan dijangka berterusan pada tahun hadapan di mana Malaysia akan memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
BNM turut menjangkakan inflasi untuk keseluruhan tahun ini akan kekal stabil di antara 1.5% hingga 2.3%, sedikit rendah berbanding anggaran awal 2.0% hingga 3.5%.
Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah diturunkan kepada 2.75% sebagai langkah awal untuk memastikan prospek pertumbuhan ekonomi negara kekal utuh.
OPR merupakan instrumen monetari yang diselia oleh Bank Negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berdaya saing serta memastikan inflasi kekal terkawal.
