Nak Cepat Kaya, Terlalu Emosi Punca Pelabur Individu Rugi di Pasaran Saham

Nak Cepat Kaya, Terlalu Emosi Punca Pelabur Individu Rugi di Pasaran Saham
Share it
Salah Faham, Salah Matlamat dan Salah Pemikiran Punca Pelabur Individu Sukar Mendapat Pulangan Yang Membanggakan

Nak cepat kaya dan bersara awal. Itulah antara angan-angan dan cita-cita bagi mereka yang menceburi di dalam pasaran saham. Hakikatnya, ranjau dan onak duri bagi pelabur saham sering kali tidak didedahkan kepada umum. Yang diceritakan hanya yang indah-indah sahaja meskipun realitinya jauh dari apa yang disangka

Pelaburan saham telah berevolusi seiring dengan perkembangan digital. Jika dahulu, saham mungkin dianggap sebagai satu instrumen pelaburan yang hanya dimonopoli oleh golongan elit. Namun dengan kepesatan teknologi kini, pelaburan saham hanya dihujung jari.

Dengan membuka akaun CDS, pelabur individu boleh menguruskan sendiri aktiviti pelaburan mereka melalui telefon pintar mereka.

Perkembangan ini sememangnya memberikan keuntungan besar buat syarikat-syarikat kewangan yang menguruskan platform dagangan saham. Sama ada pelabur untung atau rugi, penyedia platform tetap akan menerima pendapatan hasil daripada setiap transaksi melalui yuran broker yang dikenakan kepada pelabur.

Meskipun melabur di pasaran saham semakin mudah, namun majoriti pelabur saham runcit yang menjalankan transaksi saham setiap hari rata-ratanya tidak meraih keuntungan melalui pelaburan mereka.

Perkara ini dibuktikan melalui kertas akademik yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh D.  Ryu bertajuk The Profitability of Day Trading : An Empirical Study Using High-Quality Data. Kajian ini juga mendapati mereka yang melakukan transaksi yang lebih kerap serta besar cenderung untuk mengalami kerugian.

Menurut Ketua Pelaburan Syariah di VI College, sebuah anak syarikat pendidikan kewangan yang tersenarai di Australia, Helmy Kasim, beliau menyatakan bahawa salah pemahaman dan perspektif di kalangan pelabur runcit ini antara salah satu punca mengapa mereka sering kecundang di pasaran saham.

Kata beliau, ramai pelabur runcit berfikiran bahawa saham merupakan salah satu instrumen untuk meraih kekayaan dengan segera sekaligus menyebabkan mereka mengejar keuntungan dalam keadaan terburu-buru.

” Pelabur individu ini sukar untuk membuat duit ataupun mendapat pulangan yang membanggakan adalah disebabkan kurang pemahaman, matlamat dan pemikiran yang tidak jelas yang mengakibat tindakan yang kurang tepat dalam pelaburan saham. Kebanyakannya ingat saham ini satu medium untuk cepat kaya sedangkan membina kekayaan adalah satu proses sebenarnya. Perlu fahami prosesnya terlebih dahulu “

Beliau menambah bahawa keinginan untuk cepat kaya turut memberi kesan emosi kepada pelabur runcit sekaligus mendorong mereka membuat keputusan yang terburu-buru.

Cepat Panik Bila Nampak Saham Jatuh

” Kebanyakkan pelabur-pelabur individu ini tidak mempunyai kesabaran kerana sifat nak cepat untung dan nak cepat kaya. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan emosi bila mereka nampak saham jatuh, mereka cepat panik. “

Selain itu, Helmy yang berkhidmat di syarikat pendidikan kewangan itu turut menyatakan perasaan tamak di kalangan pelabur juga adakalanya menjerumus pelabur itu ke kancah kerugian. Beliau berkata bahawa ada sebilangan pelabur yang menggunakan kemudahan pinjaman margin yang disediakan oleh pihak bank untuk melabur dalam kuantiti yang lebih besar dari kemampuan mereka yang sepatutnya lantas jika pelaburan mereka tidak menjadi, maka mereka mengalami kerugian yang besar.

Ketika ditanya mengenai kaedah-kaedah mengurangkan risiko pelaburan saham, beliau berkata pelabur sepatutnya membuat kaji selidik dan mempunyai matlamat yang jelas ketika membuat pelaburan.

” Matlamat kewangan terhadap pelaburan perlu jelas. Sama ada kita nak melabur untuk masa depan ataupun kita nak berspekulasi. Itu kita kena bezakan awal-awal lagi. “

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang kewangan dan pelaburan saham syariah mengingatkan pelabur saham untuk tidak beremosi ketika melabur selain menyarankan pelabur untuk menyelidik latar belakang saham syarikat yang ingin dilaburkan.

Antara aspek penting untuk disemak adalah model perniagaan, prestasi kewangan syarikat, nilai produk atau perkhidmatan syarikat kepada pengguna serta kepimpinan kanan syarikat yang ingin dilaburkan. Langkah-langkah menyelidik faktor fundamental syarikat menurutnya memberikan kita peluang untuk menilai potensi dan cabaran yang dihadapi syarikat tersebut sekaligus dapat mengurangkan risiko kerugian.

Apa Pulangan Yang Baik Buat Pelabur Runcit?

Pulangan pelaburan yang tinggi sememangnya menjadi sasaran bagi pelabur runcit yang melabur saham. Pada kebiasaannya, pulangan dari deposit tetap yang diberikan oleh pihak bank ataupun dividen yang diberikan oleh unit Amanah Saham Bumiputera yang dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad seringkali dijadikan sebagai penanda aras bagi mengukur prestasi pelaburan.

Perkara ini ada asasnya. Pelaburan di ASB boleh dijual kembali pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit, ini bermaksud pelabur hampir pasti tidak akan kehilangan modal awal pelaburan mereka. Manakala pelaburan terus di bursa saham, pelabur mempunyai risiko untuk kehilangan keseluruhan modal pelaburan mereka.

Disebabkan risiko yang tinggi, pelabur-pelabur runcit saham meletakkan sasaran yang lebih tinggi terhadap pelaburan mereka seperti sekitar 7% hingga 20% setahun.  Menurut Helmy, beliau berkata pelaburan yang memberikan pulangan konsisten dari segi dividen serta kenaikkan harga saham boleh dianggap sebagai pulangan pelaburan yang memberangsangkan.

” Pulangan yang selalunya memberi pendapatan pasif secara konsisten seperti pendapatan dividen, pulangan seperti kenaikkan modal yang berkembang tahun demi tahun adalah contoh pulangan pelaburan yang baik. “

Seminar Pelaburan Syariah

Mengakui kesukaran pelabur baru untuk memulakan pelaburan saham yang menguntungkan. VI College mengambil inisiatif menjalankan seminar pelaburan Syariah yang diadakan secara atas talian bagi membantu pelabur saham mendalami selok belok pelaburan saham.

Seminar yang diadakan secara PERCUMA ini membolehkan peserta mendapatkan tips dan informasi berguna daripada jurulatih pelaburan saham yang berpengalaman sekaligus membantu peserta untuk melabur dengan lebih bijak, cermat dan selamat.

Anda boleh sertai untuk Seminar Pelaburan Syariah yang diadakan secara berkala ini melalui pautan ini [ klik sini ]