Perdana Menteri Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Berjumlah RM20 Bilion

Share it

pakej ransangan ekonomi | ekonomi rakyat

Perdana Menteri pada Khamis mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion dalam menghadapi kelembapan ekonomi yang berpunca dari Coronavirus dan beberapa faktor luar yang lain. Pakej ini mempunyai tiga strategi iaitu;

  1. Menangani impak COVID-19
  2. Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat
  3. Menggalakkan pelaburan berkualiti

Pakej Ransangan Ekonomi | ekonomi rakyat

Terdapat pelbagai langkah diambil kerajaan untuk merancakkan lagi ekonomi negara termasuklah menyediakan diskaun sementara sebanyak 15% untuk pengusaha sektor pelancongan, menyediakan kemudahan jaminan bantuan istimewa berjumlah RM2 bilion dan memperuntukkan RM200 juta kemudahan mikro kredit pada kadar 4%.

Kerajaan turut memberikan bantuan one-off kepada sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca berdaftar. Selain itu, kerajaan juga memberikan tambahan RM100 kepada penerima Bantuan Sara Hidup serta tambahan RM50 yang akan disalurkan secara e-tunai.

pakej ransangan ekonomi | ekonomi rakyat

Pakej rangsangan ini juga memperuntukkan elaun RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan serta RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat sehingga wabak COVID-19 ini berakhir.

Kerajaan juga turut menurunkan kadar caruman mandatori KWSP daripada 11% kepada 7%. Langkah ini dijangka menambah RM10 bilion ditangan pencarum sekaligus boleh merancakkan lagi ekonomi melalui perbelanjaan domestik.

Unjuran pertumbuhan ekonomi negara dipotong kepada julat 3.2% hingga 4.2% untuk tahun 2020. Defisit fiskal turut dijangka meningkat dari 3.2% kepada 3.4% dari KDNK susulan pertambahan perbelanjaan kerajaan.

Teks ucapan penuh pakej rangsangan ekonomi boleh diperolehi di pautan berikut ;

One thought on “Perdana Menteri Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Berjumlah RM20 Bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *