Tiga Pakar Ekonomi Tulis Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri

Wabak Covid-19 boleh dikatakan sebagai peristiwa global terburuk pada masa ini. Impaknya terhadap ekonomi dan kualiti hidup tidak pernah terjadi sebelum ini. Kita tidak mengetahui sejauh mana wabak ini akan memberi kesan kepada Malaysia, namun, kemungkinan wabak ini untuk menjadi krisis yang lebih teruk terus meningkat hari demi hari. Dalam segenap aspek, berkemungkinan besar kesan langsung wabak ini akan bersama kita untuk sementara waktu, dan mungkin untuk tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.

Teruskan baca
Industri Penerbangan dunia | ekonomi rakyat

Industri Penerbangan Dunia Dijangka Hilang RM126 Bilion Akibat Coronavirus

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA pada 5 Mac 2020 telah mengeluarkan penilaian impak Coronavirus terhadap industri penerbangan global. Menurut Ketua Pakar Ekonomi IATA Economics, impak Covid-19 terhadap ekonomi dunia adalah lebih besar kerana bahagian ekonomi China berbanding ekonomi global telah meningkat dari 4% pada 2002 kepada 16% pada 2018.

Teruskan baca

Mencapai Kesaksamaan Jantina, atau Mengabai?

Pada 8 Mac 2020, seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia demi mengiktiraf serta menyanjungi titik peluh kaum wanita dalam menuntut kesamarataan jantina dan hak-hak wanita.

Malaysia selaku salah satu anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah mengangkat Kesaksamaan Jantina (Gender Equality) sebagai salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) yang ingin dicapai menjelang tahun 2030.

Teruskan baca
Perang Harga Minyak Menjunam jatuh | ekonomi rakyat

Perang Harga Minyak Bermula, Pasaran Saham Global Menjunam

Harga minyak dunia telah jatuh dengan mendadak susulan kegagalan Arab Saudi dan Rusia dalam menemui kata sepakat berkaitan kapasiti pengeluaran minyak. Rusia yang enggan mengurangkan pengeluaran minyak ketika persidangan OPEC di Vienna menerima tindak balas oleh Arab Saudi dimana Arab Saudi mengumumkan diskaun harga minyak kepada pembeli-pembeli serta dijangkakan akan meningkatkan pengeluaran minyak pada bulan hadapan.

Teruskan baca