Tiga Pakar Ekonomi Tulis Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri
Perang Menentang Covid-19 : Waktu Untuk Bertindak dan Berkepimpinan
Pengenalan
- Wabak Covid-19 boleh dikatakan sebagai peristiwa global terburuk pada masa ini. Impaknya terhadap ekonomi dan kualiti hidup tidak pernah terjadi sebelum ini. Kita tidak mengetahui sejauh mana wabak ini akan memberi kesan kepada Malaysia, namun, kemungkinan wabak ini untuk menjadi krisis yang lebih teruk terus meningkat hari demi hari. Dalam segenap aspek, berkemungkinan besar kesan langsung wabak ini akan bersama kita untuk sementara waktu, dan mungkin untuk tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
- Wabak ini harus ditangani secara tegas, perancangannya harus diterangkan dengan jelas, dan dilaksanakan untuk memperbaiki integriti institusi-institusi di negara ini, serta keyakinan rakyat terhadap mereka. Mengekalkan keyakinan masyarakat serta perpaduan negara sama penting dengan menguruskan wabak ini dan kesannya.
- Kepimpinan negara harus dilihat tegas dan konsisten dengan satu-satunya objektif untuk menjaga kepentingan rakyat. Kebijaksanaan serta membuat keputusan dengan segera merupakan perkara penting. Waktu ini bukan masanya untuk melakukan perkara-perkara kurang penting ataupun memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak.
- Kami akan membentangkan pandangan kami dalam tiga bahagian, direncanakan melalui tiga isu penting:
- Mengurus pandemik : Langkah segera diperlukan untuk menguji, mengenalpasti serta merawat mereka yang dijangkiti dalam kadar segera. Ini memerlukan petugas-petugas barisan hadapan yang terlatih dan dilindungi, sumber-sumber lain serta kemudahan.
- Menguruskan mereka yang terkesan : Langkah segera perlu dilakukan untuk menangani mereka yang terkesan dengan impak ini dengan menguruskan wabak sambil memastikan kemudahan asas, utiliti awam dan perkhidmatan sosial terus disalurkan.
- Menguruskan ekonomi dan bersiap sedia untuk keadaan selepas krisis : Langkah yang perlu dilakukan untuk menguruskan wabak ini serta mereka yang terkesan akibat wabak ini perlu dijangka dan ditangani
- Dalam memberi pandangan dan cadangan ini, kami ambil maklum terhadap situasi yang abnormal, umpama berada di waktu perang. Pertimbangan normal – menguruskan kekangan fiskal, defisit bajet, had hutang, sasaran pertumbuhan atau agensi penarafan – tidak terpakai. Rakyat Malaysia harus diutamakan. Kita harus menggerakkan segala sumber yang ada untuk melakukan apa saja.
Keduanya, prinsip urustadbir untuk diberikan keutamaan adalah :
-
- Petugas kesihatan barisan hadapan perlu diberikan keutamaan
- Selain daripada itu, prinsip ekuiti harus diamalkan – dimana perkara untuk memanfaatkan orang ramai perlu diberikan keutamaan
- Kita harus mengakui bahawa akan terhadap kompromi dan sebagainya, tetapi pada detik ini ini kita harus mengutamakan perkara keperluan
- Kami mencadangkan ‘ rangsangan fiskal ‘ untuk menggerakkan perbelanjaan untuk membantu individu serta syarikat pada waktu yang sukar – bagi mengelakkan masalah aliran wang dari menjadi krisis kecairan yang akan mengakibatkan masalah pengganguran secara besar-besaran serta masalah-masalah yang lain.
Menguruskan Pandemik
- Meskipun kadar kematian Covid-19 lebih rendah berbanding virus epidemic yang lain seperti nipah, SARS1 dan MERS, ia amat mudah berjangkit. Menguruskan isu jangkitan ini memerlukan saringan awal, isolasi serta rawatan kepada mereka yang dijangkiti, terutamanya mereka yang lebih terdedah, iaitu golongan tua. Oleh itu, strateginya adalah untuk membendung jangkitan agar sistem kesihatan tidak sesak – yang dipanggil pendekatan ‘ flattening the curve ‘
- KKM telah merancang untuk meningkatkan kapasiti, melindungi petugas barisan hadapan serta membendung penularan wabak ini melalui Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dan untuk meningkatkan proses ujian serta saringan, KKM telah menggerakkan kedua-dua perkhidmatan sektor swasta dan awam. Korea merupakan satu-satunya pengecualian dimana mereka tidak mengenakan sekatan perjalanan, namun menggunakan teknologi untuk menjejaki pergerakan-pergerakan.
- Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mengambil langkah seperti mana Kerajaan Perancis lakukan dalam membantu dan melindungi staf barisan hadapan:
- Semua topeng muka dan kelengkapan perlindungan harus diutamakan kepada hospital, doktor-doktor, jururawat serta kesemua staf sokongan
- Peruntukan untuk pengangkutan, penginapan adalah untuk semua petugas barisan hadapan
- Penguatkuasaan yang tegas kepada mereka yang ingin mengambil untung terhadap kelengkapan dan perkhidmatan perubatan serta alatan perlindungan termasuk ujian
- Sementara kita menguruskan keadaan kecemasan sekarang, perancangan harus dilakukan untuk tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang selepas kita berjaya mengurangkan kadar jangkitan dan apabila Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Ini termasuk dalam keperluan untuk meningkatkan kapasiti perubatan untuk rawatan susulan yang panjang di rumah.
- Komunikasi oleh KKM, meskipun secara amnya professional, namun memberi kesan yang terhad. Cadangan kami adalah untuk langkah komunikasi disediakan oleh professional-profesional perubatan yang berlandaskan fakta dan sains. Walaubagaimanapun, banyak perkara perlu dilakukan terhadap media tradisional dan penyiaran serta di media sosial, terutamanya dalam memperbetulkan maklumat-maklumat yang salah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna yang mana mungkin berbahaya. Satu jawatankuasa yang berdedikasi diperlukan untuk menyokong KKM dalam menangani isu ini.
Menguruskan Mereka Yang Terkesan
- Akibat yang tidak dapat dielakkan dalam menangani Covid-19 adalah ia akan memberikan kesan negatif yang besar terhadap ekonomi. Langkah-langkah bersakala besar perlu dilakukan untuk menghentikan kemerosotan ekonomi.
Individu dan Isi Rumah
- Perintah Kawalan Pergerakan telah memberikan impak negatif kepada jutaan isi rumah yang berpendapatan rendah dan mereka yang mempunyai simpanan yang rendah meskipun pada waktu sebelum wabak Covid-19 berlaku. PKP telah mengurangkan pendapatan banyak peniaga-peniaga kecil yang menjual barangan-barangan makanan dan sebagainya. Sebagai contoh, pasar tani/malam merupakan sumber pendapatan untuk banyak peniaga serta merupakan tempat dimana banyak isi-rumah mendapatkan bekalan makanan dan barangan lain pada harga yang berpatutan.
- Terdapat juga mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendapatan akibat PKP, ini termasuk mereka yang terpaksa bekerja secara separuh masa atau mereka yang diberikan cuti tanpa gaji. Bagi individu dan isi rumah ini, langkah memanjangkan PKP akan menyukarkan lagi kehidupan mereka.
- Langkah-langkah yang segera perlu diambil untuk menyalurkan wang kepada mereka yang terkesan pada waktu ini. Pendekatan-pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara lain perlu dipertimbangkan. MY Card, pangkalan data Bantuan Sara Hidup serta program e-wallet boleh digunakan untuk melaksanakan bantuan tunai. Pengumuman yang baru dilakukan oleh SOCSO berkenaan Program Pengekalan Pekerja ( Employee Retention Programme ) boleh diperluaskan untuk mengimbangi pekerjaan dan pendapatan yang hilang, termasuklah mereka yang bekerja sendiri.
- Selain wang tunai, mereka yang terkesan dengan PKP juga mungkin memerlukan tempat penginapan buat sementara waktu; kemudahan-kemudahan tersebut perlu disedia untuk digunakan. Terdapat kes dimana pelajar dan sebagainya terkadas akibat PKP.
Perniagaan
- Perniagaan-perniagaan telah terkesan dengan teruk sekali, termasuklah perniagaan-perniagaan yang secara fundamentalnya kukuh. Bantuan perlu disalurkan untuk memastikan perniagaan-perniagaan boleh memempuhi situasi ini. Perkara ini amat penting untuk industri kecil dan Sederhana ( IKS ) – yang keseluruhannya merupakan majikan terbesar di negara ini. Mereka menggajikan lebih kurang 10 juta pekerja dan mempunyai hutang lebih RM300 bilion daripada bank. Meringankan kegusaran mereka membantu memberikan ruang untuk IKS serta pekerja-pekerja mereka. UK sebagai contoh, telah menjamin gaji sebanyak 80% untuk kesemua pekerja untuk mereka yang bergaji sehingga GBP2,500. Meskipun langkah-langkah untuk melindungi IKS telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ( PRE ) , banyak perkara boleh dilakukan untuk memastikan akses berterusan terhadap pembiayaan.
- Sebagai contoh, dana yang disalurkan kepada institusi pembiayaan pembangunan ( DFI ) perlu disediakan juga kepada semua perniagaan. Pada waktu ini, kita sepatutnya menyokong keseluruhan ekonomi bukannya hanya sebahagian sektor sahaja. Ini kerana bukan sektor pelancongan sahaja yang terjejas dalam krisis ini. Hal ini bagi bagi memastikan risiko kegagalan perniagaan diminimumkan. Setiap perniagaan mempunyai majikan, pembekal dan pembeli. Pada waktu yang sukar ini, kita harus mengurangkan kegagalan perniagaan terutamanya IKS yang berdaya maju.
- Langkah mudah untuk menyalurkan bantuan kepada IKS adalah melalui pengunaan jaminan kerajaan yang dikeluarkan oleh bank. Langkah ini telah berjaya dilakukan dengan berkesan pada 2009 oleh Syarikat MoF Inc. , Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan Berhad, yang menguruskan jaminan kerajaan dan bekerjasama dengan bank.
- Dua jenis perkhidmatan – Perkhidmatan kerajaan seperti pendaftaran, lesen, permit, dsb serta utiliti seperti air, elektrik dan telekomunikasi – masih diperlukan untuk ekonomi, namun caj untuk perkhidmatan haruslah diberikan diskaun buat sementara waktu bagi mengurangkan masalah aliran wang kepada kedua-kedua isi rumah dan juga IKS.
- Kerajaan harus membentuk platform kerjasama untuk semua syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini untuk memastikan bekalan yang berterusan di samping manangani isu kewangan yang diperlukan untuk melakukan langkah-langkah tersebut.
Rantaian Bekalan
- Rantaian bekalan global telah terganggu sejak konflik perdagangan yang berlaku sebelum penularan Covid-19 lagi. Pandemik Covid-19 serta tindakbalas yang diambil untuk menangani masalah ini, terutamanya kawalan pergerakan, telah memburukkan lagi gangguan rantaian bekalan, yang begitu penting untuk negara yang mempunyai ekonomi terbuka seperti kita.
- Kami gusar mengenai rantaian bekalan terhadap makanan dan barang-barangan keperluan yang lain. Malaysia mengimport RM50 bilion makanan – dari sayuran segar kepada daging, bijian termasuk beras, serta makanan yang diproses. Harus diingatkan bahawa banyak perniagaan akan beroperasi dengan kadar inventori yang minimum, gangguan rantaian bekalan akan semestinya memberikan kesan terhadap peruncit akhir. Ketiga-tiga kaedah pengangkutan – udara, laut dan darat – telah terganggu dengan serius.
- Senarai makanan keperluan dan keperluan yang lain harus dikeluarkan, dan bekalan mereka harus terjamin dengan menjangkakan keadaan semasa untuk berterusan untuk tempoh 12-18 bulan lagi. Langkah strategic untuk menyimpan stok mungkin diperlukan untuk menjamin kecukupan makanan.
- Sekurang-kurangnya, kerajaan perlu menjamin bekalan makanan yang dikeluarkan di dalam negara termasuk ayam, telur dan pelbagai barangan yang dieksport serta makanan penting yang diimport termasuklah beras, ikan, sayur-sayuran serta buah-buahan.
Menguruskan ekonomi dan Penetapan Semula Selepas Krisis
- Ekonomi mungkin akan menguncup tahun ini meskipun pelbagai langkah telah diambil. Ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan dan banyak perniagaan akan gagal. Terdapat juga kemungkinan yang landskap ekonomi selepas ekonomi pulih dari pandemik ini akan berbeza dari tahun-tahun yang lalu.
- Kerajaan haruslah menangani isu gangguan yang berlaku akibat penularan wabak ini. Ketidaksepadanan buruh akibat perubahan teknologi, yang sudah pun berlaku, mungkin akan lebih memburuk akibat pandemik ini sekaligus mengakibat pengganguran pada masa hadapan sebagai isu besar.
- Keadaan kewangan ekonomi kerajaan dijangka menjadi teruk. Ia telah pun teruk. Dan akan menjadi lebih teruk selepas ini. Keutamaan sekarang adalah untuk menjana pertumbuhan.
- Agak jelas bahawa kita juga memerlukan kerjasama serantau, secara ekonomi dan lebih daripada itu, kedua-duanya untuk pertumbuhan pada masa hadapan serta untuk menangani sebarang krisis seperti ini pada masa akan datang. Krisis ini juga menunjukkan bertapa pentingnya untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dagang utama yang lain.
Komunikasi dan Ketelusan
- Terdapat keperluan yang mendesak untuk mejadi lebih telus dan untuk berkomunikasi secara lebih efektif – secara berkala dan jujur. Komunikasi kerajaan harus berada dalam keadaan yang terbaik serta rakyat perlu mempunyai kepercayaan terhadapnya. Waktu ini merupakan waktu dimana kepercayaan amat diperlukan; jika kerajaan mengambil keputusan untuk menyembunyikan maklumat mengenai aspek penting tentang krisis kesihatan ini untuk apa pun alasan, pelanggaran kepercayaan dan kredibiliti akan mengakibat kesan yang tidak boleh dijangka.
Kesimpulan
- Waktu ini merupakan waktu untuk menyatupadukan negara serta politik tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Kemampuan kita untuk menangani pandemic ini serta akibatnya bergantung kepada sumber negara. Ia memerlukan lebih dari sekadar kepimpinan politik. Ia memerlukan kesemua rakyat Malaysia.
- Kerajaan persekutuan mempunyai sumber yang luas dalam merancang dan melaksana, tetapi kedua-duanya harus dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan. Kelajuan pelaksanaan merupakan kunci utama, dan tidak sepatutnya dilakukan secara bersendirian. Karenah birokrasi harus diminimumkan buat sementara waktu.
- Kami begitu risau tentang inisiatif yang kelihatan kurang jelas dan konsisten oleh kerajaan susulan krisis yang semakin meruncing ini. Kami terkejut dengan perspektif traditional berkenaan bajet berimbang oleh Perbendaharaan Negara, tatkala seluruh dunia, terutamanya Asia Timur, mengambil tindak langkah yang segera, kerana mengetahui bahawa saat ini berbeza berbanding waktu-waktu yang lain.
- Pada 2009, berikutan Krisis Kewangan Global, kerajaan memperkenal pakej rangsangan berjumlah hampir RM60 bilion. Pakej tersebut adalah untuk merangsang ekonomi berikutan krisis kewangan tersebut. Apa-apa pakej yang kita perkenalkan sekarang bukan semata-mata untuk merangsang ekonomi, ia adalah untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi rakyat Malaysia dari masalah kesihatan. Jika kita sanggup berbelanja RM60 bilion untuk merangsang ekonomi dari krisis kewangan, sudah semestinya kita mampu berbelanja lebih daripada itu untuk melindungi rakyat Malaysia daripada krisis kesihatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
- Kami berharap pandangan yang kami kemukan adalah berguna dan kami bersedia untuk mengulas secara terperinci jika diperlukan. Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk menunjukkan keupayaan kepimpinan dan bertindak segera
Nungsari Ahmad Radhi
Hamdan Abdul Majeed
Muhammed Abdul Khalid
23 Mac 2020
Diterjemah oleh Ekonomi Rakyat
DR NUNGSARI AHMAD RADHI merupakan pakar ekonomi dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Balik Pulau dari tahun 1995 sehingga 1999. Beliau memegang PhD dalam Ekonomi dari Purdue University.
HAMDAN ABDUL MAJEED merupakan pengarah di Khazanah Nasional Berhad. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Think City, badan pemikir berkenaan hal ehwal perancangan bandar. Beliau memegang ijazah Ekonomi dan Pengurusan dari University of London
DR MUHAMMED ABDUL KHALID merupakan pakar ekonomi dan pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri Ke-7. Beliau juga merupakan penulis buku berkisarkan ketidaksamaan di Malaysia bertajuk The Colour of Inequality. Dr Muhammed memegang PhD dari SciencesPo, Perancis.