Bank dijangka membuat keputusan tersendiri mengenai sama ada memperpanjangkan moratorium pembayaran pinjaman atau tidak setelah moratorium berakhir pada bulan September ini.
Penganalisis Affin Hwang Capital Research, Loong Chee Wei berkata, pihak yang terjejas disebabkan wabak Covid-19 sehingga kehilangan pekerjaan akan diberikan moratorium, tetapi ia bukanlah perintah menyeluruh.
“Sebilangan orang masih menghadapi kesulitan hingga saat ini, oleh itu moratorium yang diberikan harus bersasar ” katanya dalam taklimat media maya mengenai tinjauan makro dan ramalan sektoral Malaysia untuk separuh kedua 2020 hari ini.”
Selain itu, ketua ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan berkata, rumah penyelidikan itu mengekalkan ramalan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.5% untuk Malaysia tahun ini, diturunkan oleh ketidakpastian ekonomi kerana kebimbangan yang semakin meningkat mengenai pandemik Covid-19. Beliau berkata penguncupan paling ketara dijangka dapat dilihat pada suku kedua tahun ini.
“Namun, kami berpendapat pertumbuhan akan pulih hingga enam peratus tahun depan sementara eksport dijangka pulih tujuh peratus,” katanya.
Mengenai Overnight Policy Rate (OPR), Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar semasa hingga akhir 2021 sebelum menormalkannya kembali kepada tiga peratus.
“Ini kerana ekonomi telah kembali kuat ke kapasiti penuh setelah kemerosotan selama perintah kawalan pergerakan dilakukan untuk mengekang penyebaran Covid-19,” katanya.
OPR pada masa ini berada pada kedudukan dua peratus dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dijangka akan mengadakan sidang keempat di bulan hadapan.
Mengenai Ringgit, Tan mengatakan bahawa matawang Malaysia dijangka pulih berbanding dolar AS yang didorong oleh sentimen ekonomi tempatan yang positif.
“Pasaran juga akan lebih baik daripada Amerika Syarikat kerana pelabur asing kini didorong untuk melabur di pasaran domestik yang digabungkan dengan pelemahan dolar AS kerana langkah-langkah pelonggaran kuantitatif,” katanya.
Kadar faedah AS pada masa ini hampir sifar dan Rizab Persekutuan AS tidak merancang untuk menaikkan kadar sehingga ekonomi menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas Covid-19.
Bank Dunia sebelum ini meramalkan KDNK global menguncup 5.2 peratus tahun ini, kemelesetan global terdalam dalam beberapa dekad.
-Bernama