WE2025: Future in Motion – Platform Memperkasa Wanita Untuk Menerajui Masa Hadapan
47% daripada populasi Malaysia terdiri daripada wanita, namun kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) mereka hanya sekitar 56%, jauh lebih rendah berbanding lelaki pada kadar 82%. Menyedari potensi besar yang belum diterokai ini, WE2025: Future in Motion hadir sebagai platform untuk mengetengahkan serta memperkasakan peranan wanita dalam dunia ekonomi dan kepimpinan.
