
Ketua Pelaburan Syariah , Helmy Kasim berkata saham-saham sektor teknologi dan digital antara yang berpotensi meningkat naik ketika ini. Menurut beliau, pandemik Covid-19 telah memberi perangsang kepada sektor ini kerana ramai pihak telah mempercepatkan penggunaan teknologi dan digital dalam aktiviti seharian.
Orang ramai terpaksa mengadaptasi perubahan ketika dunia dilanda penularan Covid-19 dengan mengubah tabiat dan tingkah laku mereka. Langkah ini menurut Helmy telah menyebabkan berlaku peningkatan aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara atas talian.
” Situasi pandemik Covid-19 telah mengubah tabiat orang ramai. Orang berbelanja daripada rumah, belajar, bermesyuarat, seminar, latihan dan program-program hiburan juga dijalankan secara atas talian. Syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada trend ini sudah tentulah syarikat yang mempunyai teknologi di dalam IT dan Digital. “.
Ketika diwawancara oleh Ekonomi Rakyat, beliau menyatakan sektor teknologi ini adalah sebuah sektor yang besar kerana mempunyai pelbagai cabang seperti semikonduktor, robotik, 5G dan sebagainya.
Saham sektor-sektor ini menunjukkan peningkatan yang ketara sejak kebelakangan ini. Di Malaysia misalnya, indeks teknologi telah meningkat dari sekitar 24 mata pada Mac tahun lalu kepada lebih 96 mata ketika ini.

Fenomena ini boleh dilihat dengan jelas melalui harga-harga saham syarikat teknologi di Malaysia. Saham syarikat Genetec telah meningkat 34 kali ganda dari RM1.07 kepada RM37.60. Manakala syarikat Malaysian Pacific Industries pula melonjak 4.5 kali ganda dari RM9.10 kepada RM50.00 sesaham.
Situasi yang sama berlaku di Amerika Syarikat, saham-saham syarikat teknologi meningkat tinggi akibat pandemik ini. Netflix yang merupakan penyiar kandungan hiburan secara atas talian misalnya menggandakan nilai saham mereka kepada $600 berbanding $300 pada Mac tahun lalu.
Saham Zoom yang menyediakan platform panggilan video atas talian turut melonjak sejurus dunia dikejutkan dengan penularan virus Covid-19, meningkat kepada lebih $550 berbanding sekitar $105 ketika lewat Februari 2020. Sejak Mac tahun lalu, indeks teknologi di pasaran NASDAQ telah meningkat lebih 100% dari sekitar 4,030 mata kepada 9,176 mata.
Menurut Helmy, pihak VI College turut menjalankan kepada mereka yang berminat untuk mendalami . Peserta yang mengikuti seminar berkenaan akan diberikan pendedahan tentang cara membuat penilaian terhadap saham sekaligus memberikan sedikit sebanyak ‘insights‘ sebelum pelabur membuat keputusan di dalam melabur di pasaran saham.

Ketika ditanya mengenai pulangan pelaburan melalui pasaran saham, beliau menyatakan pelabur boleh meraih pulangan melalui dividen ataupun pulangan modal. Dividen merupakan agihan keuntungan yang diisytiharkan oleh syarikat manakala pulangan modal adalah keuntungan hasil jual beli saham yang disebabkan peningkatan harga saham.
Helmy menasihatkan pelabur yang telah berusia untuk lebih memfokuskan saham-saham yang memberikan pulangan dividen. Hal ini kerana adalah amat penting bagi mereka untuk memelihara dan melindungi modal mereka daripada ketidaktentuan harga saham.
Manakala bagi golongan muda, beliau berkata mereka boleh mencuba untuk memiliki saham dengan pulangan modal yang tinggi tetapi perlu sedar dengan risiko yang bakal dihadapi.

Beliau menyarankan orang ramai yang mempunyai duit lebihan untuk mula melabur sekarang bagi melindungi wang daripada kesan inflasi.
” Boleh katakan setiap tahun kita alami isu inflasi ini. Harga naik, kadar tukaran matawang semakin lemah. Jadi kita boleh guna duit lebihan ini untuk melindungi nilai aset kita “
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna ( CPI ) telah meningkat 20.7% dari tahun 2010 hingga 2020. Komponen makanan dan minuman meningkat lebih 37% dalam tempoh yang sama menunjukkan barangan-barangan harian seperti makanan lebih terdedah dengan kenaikan harga.
Pelaburan saham merupakan salah satu cara bagi memastikan nilai aset tidak dihakis dengan kesan inflasi. Menurut Helmy, fokus utama pelabur adalah mencari saham yang berada di bawah nilai perniagaan ataupun undervalue.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara mengetahui potensi saham-saham yang berkualiti serta ilmu-ilmu penting pelaburan saham, yang dijalankan secara PERCUMA merupakan program tepat yang perlu dihadiri oleh anda yang berminat untuk melabur di dalam pasaran ekuiti ini.