Dua Perkara Yang Perlu Dilakukan Kerajaan Ketika PKP3.0
SAYA ingin mencadangkan dua perkara yang harus dilakukan serta merta dengan berkuat kuasanya sekatan penuh ke atas semua kegiatan ekonomi dan sosial pada 1 Jun 2021. Perkara pertama ialah penyediaan bantuan yang menyeluruh. Perkara kedua ialah keperluan mengatur pasukan yang cekap, pantas dan yang sayangkan rakyat dan negara.
