
” Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bersara ” – Penyelidik Sosial
Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations International Day of Older Persons, UNIDOP) diadakan pada 1hb Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dihadapi warga emas serta meraikan sumbangan warga emas. Sesuai dengan keadaan semasa di mana cabaran baharu seperti pandemik Covid-19, krisis kos sara hidup dan perubahan iklim menyelubungi seluruh dunia, tema UNIDOP tahun ini “Ketahanan Warga Emas dalam Dunia yang Berubah” menekankan keperluan untuk mengukuh ketahanan warga emas.