
Perlukah Caruman KWSP Untuk Pekerja Asing?
Pekerja asing sudah menjadi komponen penting dalam pasaran buruh negara sejak sekian lama. Setakat tahun 2023, terdapat lebih dua juta pekerja asing di Malaysia, mewakili hampir 13% daripada keseluruhan penduduk bekerja. Angka tersebut belum dicampurkan lagi dengan jumlah pekerja asing tidak berdaftar yang bekerja secara tidak sah.