KWSP Perkenal Akaun 3, Benarkan Ahli Keluarkan Sebahagian Simpanan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya mengumumkan mekanisme pelaksanaan Akaun 3 yang menjadi tumpuan ramai sejak pembentangan Belanjawan 2024 pada hujung tahun lalu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya mengumumkan mekanisme pelaksanaan Akaun 3 yang menjadi tumpuan ramai sejak pembentangan Belanjawan 2024 pada hujung tahun lalu.
Hubungan antara buruh dan pembangunan ekonomi adalah sangat berkait rapat. Tenaga kerja yang mahir, di samping penggunaan kaedah pengeluaran yang berintensifkan modal, adalah diperlukan untuk memacu pembangunan ekonomi dengan lebih produktif. Kebergantungan yang tinggi terhadap kaedah pengeluaran tradisional yang berintensifkan buruh, terutamanya tenaga buruh berkemahiran rendah, hanyalah akan menyebabkan ekonomi negara tidak berjaya berkembang ke potensi yang sebenar.Ā
Skim Pencen Perkhidmatan Awam yang wujud di Malaysia pada hari ini merupakan sebuah model yang diwarisi daripada UK. Menurut rekod sejarah, sistem pencen telah mula digubal di Parlimen UK pada tahun 1810. Sistem tersebut kemudiannya telah diperkenalkan di negara-negara koloni yang dijajah British seperti Malaysia, Bahrain dan India yang terus mengamalkan sistem ini selepas mencapai kemerdekaan.Ā
Malangnya, di Malaysia, Kerajaan seolah-olah ingin melemahkan lagi Kesatuan Sekerja. Pada 10 Oktober 2023, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah RUU yang akan melemahkan lagi kuasa Kesatuan Sekerja. RUU yang dimaksudkan ialah RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023.
Selepas dua tahun diuji dengan krisis COVID-19, Malaysia berjaya mencatatkan pemulihan ekonomi yang memberangsangkan apabila kadar pertumbuhan KDNK naik 8.7% pada tahun lalu. Angka ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara serantau seperti Filipina (7.6%), Indonesia (5.3%), Singapura (3.6%) dan Thailand (2.6%). KDNK per kapita turut meningkat 14.5% tahun-ke-tahun kepada RM52,689 pada 2022, meletakkan…
Dua tahun…. Itu tempoh pelanjutan umur persaraan yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Elisabeth Borne bagi membolehkan usia persaraan bagi pekerja-pekerja di Perancis dinaikkan dari 62 tahun kepada 64 tahun.
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya untuk tempoh yang begitu lama bukan sahaja mengakibatkan kos dari segi wang ringgit dan masa, bahkan boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
Tidak dapat disangkal, wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi memasuki era moden pada masa kini kini. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, wanita sering ditugaskan bagi mengurus hal-hal domestik di rumah seperti menjaga anak, memasak dan mengemas rumah. Sementara itu, lelaki pula berperanan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak di rumah. Namun begitu, peranan wanita yang tertumpu kepada hanya kerja-kerja domestik semata-mata lama-kelamaan telah berkurangan apabila semakin ramai wanita yang memasuki pasaran buruh di serata dunia.