Perang Harga Minyak Menjunam jatuh | ekonomi rakyat

Perang Harga Minyak Bermula, Pasaran Saham Global Menjunam

Harga minyak dunia telah jatuh dengan mendadak susulan kegagalan Arab Saudi dan Rusia dalam menemui kata sepakat berkaitan kapasiti pengeluaran minyak. Rusia yang enggan mengurangkan pengeluaran minyak ketika persidangan OPEC di Vienna menerima tindak balas oleh Arab Saudi dimana Arab Saudi mengumumkan diskaun harga minyak kepada pembeli-pembeli serta dijangkakan akan meningkatkan pengeluaran minyak pada bulan hadapan.

Teruskan baca
Graduan Kerja Dibawah Kelayakan

1.9 Juta Graduan Kerja Dibawah Kelayakan

Jumlah graduan yang bekerja di bawah kelayakan akademik telah meningkat 22% kepada 1.89 juta orang pada suku keempat 2020 berbanding suku keempat 2019 menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Angka terbaru ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 346,000 graduan yang dianggap sebagai underemployed ( Guna Tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ) berbanding setahun yang lalu

Teruskan baca

” Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Mampu Bersara ” – Penyelidik Sosial

Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations International Day of Older Persons, UNIDOP) diadakan pada 1hb Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dihadapi warga emas serta meraikan sumbangan warga emas. Sesuai dengan keadaan semasa di mana cabaran baharu seperti pandemik Covid-19, krisis kos sara hidup dan perubahan iklim menyelubungi seluruh dunia, tema UNIDOP tahun ini “Ketahanan Warga Emas dalam Dunia yang Berubah” menekankan keperluan untuk mengukuh ketahanan warga emas.

Teruskan baca