” Garis Kemiskinan Malaysia Tidak Realistik ” – Wakil Khas PBB ke Malaysia

Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Malaysia, Philip Alston dalam laporan akhirnya menyatakan bahawa statistik kemiskinan di Malaysia yang menunjukkan tinggal 0.4% atau 25,000 isi rumah berada di bawah kemiskinan sebagai tidak realistik. Menurut beliau, terdapat jutaan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah terhadap akses kepada makanan, tempat berteduh, pendidikan serta penjagaan kesihatan.

Teruskan baca
Kekayaan Jeff Bezos Meningkat ke Paras Tertinggi Kepada RM736 Bilion

Kekayaan Jeff Bezos Meningkat ke Paras Tertinggi Kepada RM736 Bilion

Pemilik Amazon Inc, Jeff Bezos merekodkan peningkatan kekayaan ke paras tertinggi kepada RM736 bilion atau $171.6 bilion susulan peningkatan permintaan pembelian barangan atas talian. Rekod peribadi beliau ini dipecahkan setelah harga saham Amazon meningkat kepada $2,879 sesaham sekaligus memecahkan rekod lampau kekayaan tertinggi beliau pada $167.7 bilion.

Teruskan baca
Paker ransangan ekonomi keempat 4

Pakej Rangsangan Ekonomi – Ada Dasar yang Tersasar

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan empat pakej rangsangan ekonomi berikutan krisis Covid-19. Pakej pertama diumumkan oleh Tun Mahathir dengan peruntukan RM3 bilion, pakej kedua diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan suntikan fiskal RM22 bilion. Pakej rangsangan ketiga pula ditujukan khas kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan peruntukan RM10 bilion dan diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dengan tambahan RM10 bilion.

Teruskan baca
Saham Supermax share price

Tauke Supermax Raih RM3.6 Bilion Sewaktu Krisis Covid-19

Tatkala para pekerja dihimpit dengan pelbagai cabaran akibat Covid-19 seperti diberhentikan kerja, pemilik syarikat Supermax, pengeluar sarung tangan kesihatan meraih laba yang cukup besar sewaktu krisis Covid-19 ini. Pasangan suami isteri, Dato’ Seri Thai Kim Sim dan Datin Seri Tan Bee Geok mempunyai masing-masing 278 juta dan 206 juta saham di dalam syarikat ini. Nilai…

Teruskan baca