Gaji CEO malaysia | Ekonomi Rakyat

CEO di Malaysia Dibayar Gaji 141 Kali Lebih Tinggi Berbanding Pekerja

Nisbah gaji CEO dan pekerja di Malaysia meningkat dari 98 pada tahun 2010 kepada 141 pada tahun lalu. Dalam kata lain, bagi setiap RM1 yang dibayar kepada pekerja bawahan, CEO syarikat akan menerima RM141 dan apa yang lebih membimbangkan adalah jurang ini lebih besar berbanding dengan apa yang direkodkan pada tahun 1990 dimana nisbah gaji CEO dan pekerja hanya 115 kali.

Teruskan baca
Kekayaan bilionair malaysia| ekonomi rakyat

Kekayaan Bilionair Malaysia Meningkat Sebanyak RM165 Bilion Sejak 2010

Jumlah kekayaan 40 bilionair Malaysia telah meningkat kira-kira RM165 bilion iaitu peningkatan hampir 97% kepada RM335 bilion pada tahun 2019 berbanding RM170 bilion pada 2010. Peningkatan kekayaan bilionair Malaysia didorong oleh dua faktor iaitu kenaikan pegangan aset iaitu saham yang tersenarai di pasaran saham dan kemerosotan matawang Ringgit berbanding Dolar Amerika.

Teruskan baca