
Pengenalan MRSM Berbayar Bakal Tingkatkan Jurang Kelas Antara Pelajar
Akses pendidikan yang berkualiti sewajarnya dikongsi secara adil antara semua pelajar di Malaysia bagi memastikan tiada siapa yang tercicir. Peluang pendidikan yang saksama berpotensi untuk membuka pintu agar isu-isu sosial di negara ini seperti kemiskinan dan jurang kekayaan dapat dikurangkan. Ini terutamanya selepas semakin ramai penduduk Malaysia jatuh miskin disebabkan pandemik Covid-19, lantas menyebabkan jurang kekayaan semakin melebar.