Bekas CEO Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen Cadang Laporan RCI TH Didedahkan Kepada Umum

Bekas CEO Kumpulan Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen mencadangkan Kerajaan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kepada umum yang sepatutnya telah siap dimuktamadkan pada Julai lalu. Menurut beliau yang memegang jawatan CEO Tabung Haji antara tahun 2019 sehingga 2021, langkah ini mungkin boleh menjadi jalan keluar terhadap segala dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Tabung Haji.

Teruskan baca
Kerajaan Terima 2.3 Juta Permohonan Kerja Pada 2019, Hanya 24,500 Orang Dilantik

Kerajaan Terima 2.3 Juta Permohonan Kerja Pada 2019, Hanya 24,500 Orang Dilantik

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) menerima hampir 2.3 juta permohonan pekerjaan pada tahun 2019, meningkat berbanding 2 juta permohonan pada tahun 2018. Seramai 1.4 juta calon memohon pekerjaan di kumpulan jawatan pelaksana dengan kelayakan akademik sijil, SPM dan PMR manakala 488,000 orang lagi memohon jawatan dengan kelayakan akademik diploma.

Teruskan baca