” Polisi Hanya Boleh Jual Ekuiti Kepada Bumiputera Satu Langkah Bunuh Diri Kepada Ekonomi Orang Melayu ” – Dr Muhammed Abdul Khalid
Ahli ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berpendapat dasar untuk mengehadkan penjualan ekuiti Bumiputera hanya kepada Bumiputera sebagai satu langkah bunuh diri kepada ekonomi orang Melayu. Beliau berpendapat strategi tersebut sebagai tidak masuk akal dan tidak mempunyai sebarang rasional.
