Adakah Calon Cina Lebih Mudah Dipanggil Temu Duga Berbanding Calon Melayu?

Kelayakan dan kebolehan sering dianggap sebagai faktor utama seseorang itu diambil bekerja. Namun, bukti empirikal menunjukkan realiti yang lebih kompleks terutamanya di Malaysia. Kajian oleh Dr Lee Hwok-Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2015 meneliti sama ada identiti kaum mempengaruhi peluang graduan baharu mendapat panggilan temu duga dalam sektor swasta.

Teruskan baca
Paker ransangan ekonomi keempat 4

Pakej Rangsangan Ekonomi – Ada Dasar yang Tersasar

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan empat pakej rangsangan ekonomi berikutan krisis Covid-19. Pakej pertama diumumkan oleh Tun Mahathir dengan peruntukan RM3 bilion, pakej kedua diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan suntikan fiskal RM22 bilion. Pakej rangsangan ketiga pula ditujukan khas kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan peruntukan RM10 bilion dan diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dengan tambahan RM10 bilion.

Teruskan baca

RMK-12 : Sukar Capai Sasaran RM10,000 Pendapatan Isi Rumah Tanpa Polisi Yang Baik

Ahli ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berpendapat bahawa sasaran untuk meraih pendapatan purata isi rumah sebanyak RM10,065 sebulan sukar dicapai tanpa dasar dan strategi yang baik. Beliau yang diwawancara oleh Ekonomi Rakyat di Bukit Tunku, Kuala Lumpur menyatakan bahawa pendapatan isi rumah tumbuh begitu perlahan meskipun pada era sebelum Covid-19.

Teruskan baca