WE2025: Future in Motion – Platform Memperkasa Wanita Untuk Menerajui Masa Hadapan

47% daripada populasi Malaysia terdiri daripada wanita, namun kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) mereka hanya sekitar 56%, jauh lebih rendah berbanding lelaki pada kadar 82%. Menyedari potensi besar yang belum diterokai ini, WE2025: Future in Motion hadir sebagai platform untuk mengetengahkan serta memperkasakan peranan wanita dalam dunia ekonomi dan kepimpinan.

Teruskan baca

Ekonomi 101 – Baik dan Buruk Disebalik Monopoli

Jika sebut tentang monopoli, mungkin antara perkara pertama yang terlintas di kepala ialah permainan papan popular ‘Monopoly’ yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi mainan Hasbro. Bagi yang pernah bermain papan permainan ‘Monopoly’ tersebut, sudah tentu masih ingat bahawa matlamat utama permainan ini ialah untuk memonopoli kekayaan dalam bentuk aset hartanah serta pemilikan perkhidmatan utiliti (air dan elektrik) sebanyak yang mungkin. Kemenangan akan diberikan kepada pemain yang bertahan sehingga ke akhir permainan setelah pemain-pemain lain diisytiharkan bankrap.

Teruskan baca
David Graeber

Graeber, Pengampunan Hutang dan Revolusi Haiti

Komuniti akademia baru-baru ini terkilan dengan pemergian David Graeber, yang dikenali bukan sahaja sebagai seorang pengkritik ketidaksamaan (inequality) yang ulung, tetapi juga sebagai seorang aktivis pro-rakyat yang tekal.

Graeber tidak terjerat dalam perlumbaan “tulis dan terbit” yang menjangkiti ramai ahli akademik masa kini, sebaliknya giat turun ke jalanan untuk memperjuang isu-isu yang dekat di hati marhaen. Penglibatan beliau dalam gerakan anti-penubuhan seperti Occupy Wall Street dikatakan menjadi punca perkhidmatannya di Universiti Yale tidak dilanjutkan.

Teruskan baca